Sekilas
- Hussain dinobatkan sebagai juara Big Stage Rocketfuel (BSR) selepas 18 minggu bersaing, membawa pulang hadiah wang tunai RM30,000, single terbitan Rocketfuel Entertainment, dan peruntukan pengurusan kerjaya bernilai RM100,000.
- Enam finalis lain termasuk Adam Nazmie, Ranisha, Danny, Yad-Z dan Danial Kifli turut membuat persembahan solo dan battle solo di minggu akhir program tersebut.
- Setiap peserta juga mempersembahkan single terbaru mereka di pentas Big Stage X Rocketfuel, dengan Hussain mempersembahkan lagu 'Takkan Pernah'.
18 minggu bersama program realiti ternyata membuahkan hasil apabila bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Hussain diangkat sebagai juara ketujuh program tersebut.
Kemenangan tersebut menyaksikan Hussain menewaskan lima lagi finalis lain iaitu Adam Nazmie, Ranisha, Danny, Yad-Z dan Danial Kifli.
Hasil kemenangan tersebut, Hussain berjaya membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, selain peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.
Berikut merupakan recap dan komen juri bagi kesemua peserta di minggu akhir Big Stage X Rocketfuel:
Yad-Z - Jeritan Batinku (54.97%)
Akim Ahmad: Sebuah pembukaan finale yang sangat grand, saya suka, awak makin berani dalam sebutan awak. Saya dengar jelas dan saya impress dengan awak. Awak menunjukkan improvement, awak seorang fast learner.
Tok Ram: Yad pernah dengar intonasi lirik, macam mana cara lirik ni bercakap, kalau awak memahami lirik ini awak akan faham bunyi itu.
Danial Kifli - Purnama (53.37%)
Tok Ram: Kamu menyanyi kamu dengar tak? Nyanyi ada guna otak? Sebab benda salah pun kamu nyanyi, tempo tu terlaju kamu kena betul. Agak kurang kamu nyanyi tadi. Relax, tadi agak banyak error. Bila nyanyi jangan bagi alasan.
Danny - Romancinta (57.09%)
Aisha Retno: awak dah jadi super star, persembahan yang sangat seimbang. Awak bermula dengan begitu kuat, dinamik. Persembahan awak sangat terbawa-bawa.
Tok Ram: Awak okay cuma tak cukup. Awak kena rasa dengan tempo. Lagu macam ni kena pisahkan artikulasi supaya jelas.
Ranisha - Breath (60.69%)
Hael Husaini: Awak seorang pahlawan, kami nampak progress awak, setiap minggu awak berikan terbaik. Tahniah
Aisha Retno: Saya sangat bangga dengan awak. Kita mungkin tak faham sebab bahasa Korea tapi setiap rasa tu ada.
Tok Ram: saya nak dengar lagu baru kamu, kalau dia cantik macam mana pun tapi lagu tak sedap, maaf. Fizikal itu go to hell, dapatkan lagu yang bagus daripada komposer.
Hussain - Seniman Menangis (80.97%)
Akim Ahmad: Saya tengok awak dari TTMM, 18 minggu awak ada kat program, awak punya kosistensi sangat bagus malam ini. Kalau saya mungkin dah mental tapi awak dari TTMM sambung ke Big Stage tenaga awak memang bagus. Saya rasa awak untung sebab dapat grow dari situ
Hael Husaini: Lepas ini cari lagu yang best-best untuk kekal berada dalam industri.
Adam Nazmi - Arjuna (61.55%)
Tok Ram: Visual cantik. Ada tiga different vocal style. Walaupun nyanyi dalam jiwa yang lain tapi bila strict sangat ia mendatar jadi kena hati-hati. Kalau nak nyanyi Jawa kena belajar cengkok.
Aisha Retno: so far persembahan yang mega cuma kena perkemaskan sikit. Saya sangat menghargai mash-up. Overall good job.
Berikut merupakan pecahan markah mengikut juri dan undian online: 
Bukan sahaja persembahan solo malah setiap peserta juga diberikan persembahan kedua menerusi battle solo, namun persembahan ini tiada komen yang diberikan kepada peserta.
Pada masa sama, setiap finalis juga mempersembahkan single terbaharu mereka buat pertama kali di pentas berprestij itu.
Yad-Z: Pilih Kau
Danial Kifli: Perpisahan Ini
Danny: Tempuh
Ranisha: Andai
Adam Nazmi: Terus Terang
Hussain: Takkan Pernah