Skip to main content

Selebriti

Big Stage Rocketfuel Recap: Hussain Terus Pecut! Rampas Mata Tertinggi Dengan 72%, Sufie Rose Pula Reda Tersingkir

Big Stage Hussain Sofie Rose

Sekilas

  • Hussain menduduki tempat pertama dengan markah 72% menerusi lagu 'Hutang' dari Floor 88 dalam konsert minggu kedua Big Stage X Rocketfuel bertemakan Amplify.
  • Ranisha dan Adam Nazmie masing-masing berada di tempat kedua dan ketiga, manakala Sufie Rose diumumkan sebagai peserta pertama tersingkir.
  • Big Stage X Rocketfuel menampilkan 11 peserta yang bersaing untuk memenangi kontrak pembangunan artis bernilai sehingga RM200,000, dengan siaran setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria.

Konsert minggu kedua edisi Big Stage X Rocketfuel menyaksikan Hussein menduduki di tangga pertama dengan markah sebanyak 72%.

Dengan bertemakan Amplify, Hussain telah membawakan lagu Hutang nyanyian asal kumpulan Floor 88.

Sementara itu, kedudukan kedua menjadi milik Ranisha manakala Adam Nazmie pula berada di tempat ketiga.

Bagaimanapun, nasib kurang menyebelahi Sufie Rose apabila namanya diumumkan sebagai bintang pertama yang tersingkir.

Selain Sufie, dua lagi nama yang berada di kedudukan terendah adalah Aliff Kimiey dan Danial Kifli.

Berikut merupakan recap, komen juri serta markah bagi kesemua peserta di minggu kedua Big Stage X Rocketfuel:

 

(Susunan komen adalah mengikut giliran persembahan)


1.Ranisha - I will show you (Ailee)

Hael: “Persembahan way better then last week, sebutan seketul seketul sedap didengar, pertukaran kepada fast sangat smooth. Tak banyak problem minggu ni, saya suka karakter awak. Satu sahaja saya nak tegur, penampilan awak kelihatan manis. Tetapi kalau boleh kita cuba ikut peredaran umur, sebaya dengan umur. Perfomance awak saya puas hati.”


2.Qilo - Janji Manis (Masdo)

Aisha: “Persembahan fun, tone mahal diserlahkan lagi, tapi ini minggu kedua, saya rasa tak ada persembahan yang boleh top dari persembahan awak minggu pertama, move dan groove belum sampai di hati saya. So far to me its an okay permofance but im looking forward.”

Akim: “Problem awak adalah bukaan terlalu besar, memang major tapi tak perlu terlalu buka, kena memujuk orang, kena tunjukkanbetapa manisnya Qilo memujuk orang itu. Harap dapat improve sebaik mungkin danbukaan mulut kena cantik. Sebutan itu adalah satu mahkota bagi seorang penyanyi, awak kena cari sebutan yang best untuk awak sampaikan.”


3.Sabrina - Problem (Ariana Grande)

Akim: “Masa awak intro sangat meyakinkan tapi saya agak kecewa bila awak mula menyanyi, macam tak masuk. Saya rasa macam awak salah letak suara awak dekat verse, bila rap baru awak okay, tapi bila nyanyi macam tak cukup major, awak nyanyi dalam minor, macam tak blend dengan lagu, macam salah key, tapi masa intro menyakinkan. Selepas ini kalau boleh awak kena pastikan awak mahu menyanyi dalam nada minor atau major, itu salah satu key untuk awak yakin bila awak menyanyi.”


4.Danial Kifli - Harapalsu (Arghpiez)

Hael: “Bila pertandingan terutamanya minggu pertama, kita nak lock identiti. Tapi ini sudah minggu kedua, awak kena ubah pace secara cepat dan kena adapt, lagu ini tak sesuai, Mula-mula dark lepas tu menari pula. Untuk perfomance, saya agak kecewa  sebab saya tak faham apa yang awak nak tunjuk, mula mula macammisteri lepas tu masuk beat awak nampak kekok, dari segi penyampaian awak kena letak betul betul apa yang awak nak tunjukkan.”


5.Yad-Z - Treasure (Bruno Mars)

Aisha: “Overall groove dapat, saya suka sebutan awak, awak sebut sebutir sebutir dalam english, tempo tolong jaga masa awal-awal tu, first note slip sikit dan itu amat penting. Kita tahu vokal anda hebat, akan tetapi minggu ini anda harus menari dan menyanyi which is agak susah sedikit, saya belum nampak awak all out, overall good job, we want more.”


6.Sufie Rose - Panas (De Fam)

Akim: “Minggu ini better dari last week, nampak awak selesa, jadi saya nampak ini dirction awak, kalau boleh lebih perhalusi lagi, saya nak awak bawa lagu-lagu begini untuk minggu seterusnya sebab lebih dekat dengan awak cuma perlu lebih rilek, awak nampak gementar, takut, terus buat yang terbaik untuk minggu seterusnya.”


7.Danny - Suka Sama Kamu (D’Bagindas)

Hael: “Nampak enjoy minggu ini, awak loose sikit, kelebihan awak adalah awak mempunyai satu visual yang bila orang tengok boleh buat orang tersenyum. Tapi untuk persembahan walaupun lagu ini tak begitu mencabar vokal, tapi awak perasan tak bila awak over enjoy awak lupa awak ada terkehel. Dalam perfomance kena sentiasa plan supaya kawalan pernafasan tidak mengah dan tak lari daripada vokal, adlib versertiliti awak bagi, tapi mungkin awak boleh beri sedikit favour awak, baru ada sesuatu untuk markah vokal tu, ada something yang awak boleh bagi. Awak mempunyai vokal yang bagus jadi tunjukkan.”


8.Rieffa - Gelato (Alpha)

Aisha: “Saya hargai usaha anda bawa lagu untuk tujuh orang, kena menyanyi, menari, rap, sangat hebat. Awak menyanyi sangat stable tapi kenapa menari selalu pandang bawah? Confident sahaja, langgar kalau ada salah step, tarian kena lock lagi. Saya hargai effort awak. Moving forward rapikan lagi persembahan anda, make it fun, all out lagi, kemaskan lagi.”


9.Adam Nazmie - C.H.R.I.S.Y.E (Diskoria,Lailelmanino, Eva Celia)

Akim: “Sebuah persembahan yang bagus, saya terhibur dengan anda. Tapi saya sebenarnya suka suara Adam, sangat best. Nazmie pun best cuma ada sedikit kasar tapi bila berdua suara anda blend bersama, sangat compliment each other. Cara pegang mic yang sebenar adalah di bawah sikit, nanti clarity lagi jelas. Saya suka anda berdua, ada karaker yang berbeza, cuma ada part di bahagian korus nampak Nazmie sedikit teragak-agak, itu sahaja. Overall okay, saya suka.”


10.Aliff Kimiey - Gila Bayang (Ammar Haikal)

Hael: “Minggu ini better dari last week, awak dah boleh rasa keselesaan atas pentas, tapi masih sedikit kongkang, tak mengapa, benda tu buat orang tersenyum. Vokal awak okay cuma ada part di bahagian belakang itu tak perlu untuk saya. Bila benda tak perlu jangan buat, nyanyi bukan sekadar menyanyi, kena ada groove badan. Please buat homework. Tak perlu nak ikut step tarian sebab sometime akan menganggu, kalau rasa tak perlu, tak payah.”


11.Hussain - Hutang (Floor 88)

Aisha: “Persembahan dari segi vokal memang awak tapau. Awak seorang yang memberi kita kefahaman tentang lirik. Seperti bercakap, itu yang kita suka, ikhlas daripada hati awak. Tetapi disebabkan ini minggu amplify, minggu menari, kalau boleh awak buka lagi side Hussain yang lain, kreativiti yang lain. Overall, arrangement lagu ini nice, kalau boleh lebih all out lagi.”

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para bintang bakal berentap dengan tiga pemenang utama bakal menerima Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.


Seramai 11 peserta yang bersaing pada musim ini terdiri daripada Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina, duo Adam & Nazmie serta finalis TTMM2 iaitu Hussain yang dipilih menerusi ‘Exclusive Spot’.


Hadiah itu merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.


Dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva, jangan lupa untuk saksikan Big Stage X Rocketfuel setiap hari Ahad pada jam 9 malam di Astro Ria serta strim episod penuh menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement