Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Sahut Cabaran Akim, Qilo Turun 7KG Dalam Tiga Minggu - “Saya Buat Senaman Dengan Yad-Z”

Big Stafe Rocketfuel

Sekilas

  • Qilo berjaya menurunkan berat badan sebanyak 7kg dalam masa tiga minggu selepas mendapat tunjuk ajar pemakanan dan senaman daripada rakan seperjuangannya, Yad-Z.
  • Akim Ahmad memberi cabaran kepada Qilo untuk kuruskan badan supaya penampilan lebih kemas di atas pentas dan televisyen, yang disambut baik oleh Qilo.
  • Qilo diumumkan tersingkir pada minggu separuh akhir Big Stage X Rocketfuel bersama Aliff Kimiey.
Advertisement

Bintang program Big Stage X Rocketfuel, Qilo menyahut cabaran yang diberikan juri tetap, Akim Ahmad dan berjaya menurunkan berat badannya sebanyak tujuh kilogram (kg) dalam tempoh tiga minggu.

Menurut Qilo atau nama sebenarnya Aqil Azfar Mohd Azri, dia berjaya menurunkan berat badan selepas mendapat tunjuk ajar daripada rakan seperjuangannya di Big Stage Rocketfuel iaitu Yad-Z yang membantunya dalam pemakanan serta rutin senaman.

Advertisement

“Sebelum ini memang Akim ada minta saya untuk kuruskan badan supaya nampak elok di atas pentas atau televisyen. Jadi, saya ada buat senaman dengan Yad-Z.

“Yad-Z ada ajar saya cara pemakanan dan senaman yang betul. Saya sudah amalkan dalam tempoh tiga minggu.

“Alhamdulillah berat badan dah turun sikit, tak banyak sangat pun sebab saya masih perlu makan untuk dapat tenaga. Kali terakhir berat badan saya turun dalam 7kg,” katanya kepada Gempak.

Mengulas mengenai teguran dan cabaran yang diberikan Akim, Qilo menganggap saranan tersebut sebagai satu perkara yang positif memandangkan penampilan menjadi antara faktor yang tidak boleh dipandang ringan dalam dunia seni.

“Saya setuju dengan saranan yang diberikan Akim memandangkan aspek penampilan juga memainkan peranan penting dalam industri hiburan ini.

“Saya mengakui dalam industri seni bukan hanya bakat dan suara yang dilihat tetapi wajah dan penampilan yang kemas pun penting untuk nampak menarik,” ujarnya.

Terdahulu, Qilo diumumkan sebagai dua bintang yang tersingkir pada minggu separuh akhir Big Stage X Rocketfuel.

Selain Qilo, seorang lagi bintang yang turut terkandas dan tidak dapat melayakkan diri ke peringkat akhir adalah Aliff Kimiey.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement