Sekilas
- Ranisha dari Big Stage Rocketfuel (BSR) terbuka untuk terus bekerjasama dengan Yad-Z, Danny dan Aliff Kimiey dalam kumpulan Beatz selepas program tamat.
- Beliau menyatakan kumpulan Beatz sedang mencari tenaga kerja untuk memulakan jelajah dunia jika ada peluang yang sesuai.
- Ranisha juga selesa bekerja dengan rakan-rakan di BSR, terutama kumpulan an22, walaupun kadang-kadang ada teguran demi kebaikan bersama.
Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Ranisha tidak menolak kemungkinan untuk meneruskan kerjasama bersama Yad-Z, Danny dan Aliff Kimiey menerusi kumpulan Beatz selepas berakhirnya program berkenaan.
Menurut Ranisha, jika ada peluang mereka sedia untuk memenuhi permintaan tersebut.
"Apa yang saya boleh komen, kalau ada rezeki di luar sana yang memerlukan kumpulan Beatz, boleh call manager. Kami masih mencari tenaga kerja untuk kumpulan kami untuk kami mulakan world tour,” selorohnya.
Dalam pada itu, Ranisha mengakui selesa untuk kerja bersama rakan-rakan di BSR terutamanya kumpulan an22
“Saya okey sahaja untuk bekerja dengan mereka sebab mereka pun sangat memahami.
“Walaupun kadang-kadang saya ada marah mereka, tetapi itu semua untuk kebaikan mereka dan hasil yang kita dapat lihat atas pentas,” tambahnya.