Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Terkandas Di Separuh Akhir, Aliff Kimiey & Qilo Reda - “Semuanya Dah Tertulis”

Big Stage Rocketfuel

Sekilas

  • Aliff Kimiey dan Qilo diumumkan tersingkir pada minggu separuh akhir Big Stage X Rocketfuel selepas persembahan mereka tidak mencukupi untuk ke peringkat akhir.
  • Aliff mengakui sudah menjangka keputusan itu dan berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat melayakkan diri ke minggu akhir, namun bersyukur keluarga sempat menyaksikan persembahannya.
  • Qilo pula menerima keputusan tersingkir sebagai takdir dan berkongsi bahawa dia akan merindui momen bersama rakan peserta sepanjang program berlangsung.
Advertisement

Diumumkan tersingkir, dua bintang program Big Stage X Rocketfuel, Aliff Kimiey dan Qilo menerima dengan hati yang terbuka selepas langkah mereka di program berkenaan terkandas di minggu separuh akhir.

Menurut Aliff, dia sudah menjangkakan akan menjadi salah seorang peserta yang akan tersingkir selepas mengakui terdapat kekurangan ketika mendendangkan lagu Joget Kelantan pada malam tersebut.

Advertisement

“Bila dinobatkan sebagai antara empat peserta terbawah, memang saya rasa yang malam ini adalah malam saya (tersingkir).

“Saya dah jangka sebab mungkin ada sedikit kekurangan dalam persembahan saya.

“Saya dah buat ‘all out’ tapi sampai di sini saja,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa yang sama, Aliff merasakan dirinya seakan sudah menghampakan keluarga kerana gagal untuk melayakkan diri ke minggu akhir Big Stage X Rocketfuel.

Walau bagaimanapun, pelantun lagi Mungkir itu tetap bersyukur kerana ahli keluarganya tetapi berpeluang untuk menyaksikan persembahannya sepanjang tujuh minggu penyertaannya.

“Saya rasa seakan sudah menghampakan ahli keluarga tetapi saya bersyukur sebab mereka sempat juga melihat persembahan saya sebanyak dua kali,” ujarnya.

Sementara itu, Qilo yang mendendangkan lagu Joget Kenangan Manis menganggap rezekinya di Big Stage X Rocketfuel hanya sampai di minggu separuh akhir dan menganggap keputusan ini sebagai satu takdir yang telah ditetapkan buatnya.

“Bila diumumkan tersingkir, saya sebenarnya dah jangka dan saya ada firasat itu.

“Saya dah buat yang terbaik cuma tak ada rezeki dan dah tertulis saya sampai ke separuh akhir saja,” kongsinya.

Bercerita lanjut, Qilo berkongsi bahawa dia pasti akan merindukan momen-momen bersama peserta lain sepanjang berada di Big Stage X Rocketfuel.

Menurutnya, terdapat banyak kenangan yang telah dilakukan bersama terutama sekali apabila mereka sering meluangkan masa bersama di luar sesi persembahan.

“Saya akan rindukan momen bersama rakan-rakan yang lain. Kami selalu makan bersama, pergi ke kelas dan selalu buat aktiviti bersama,” kongsinya lagi.

Terdahulu, Qilo dan Aliff Kimiey diumumkan sebagai dua bintang yang tersingkir pada minggu separuh akhir Big Stage X Rocketfuel.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement