Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: "Tiada Niat Nak Belanja Dada Atau..." - Yad-Z

Yad-Z menegaskan tidak pernah berniat untuk mendedahkan bahagian dada menerusi penampilannya pada konsert mingguan program tersebut. 

Sekilas

  • Yad-Z menegaskan tiada niat untuk mendedahkan bahagian dada dalam penampilannya di konsert Big Stage Rocketfuel (BSR), dan busana dipilih oleh pihak produksi mengikut tema lagu.
  • Beliau menjelaskan pemilihan pakaian penting untuk membantu penyanyi menghayati persembahan dan menyampaikan emosi dengan lebih baik di atas pentas.
  • Yad-Z selesa dengan busana yang digayakan tetapi terbuka menerima pandangan orang ramai dan sedia membuat perubahan jika penampilan menimbulkan rasa kurang senang.
Advertisement

Bintang Big Stage Rocketfuel (BSR), Yad-Z menegaskan tidak pernah berniat untuk mendedahkan bahagian dada menerusi penampilannya pada konsert mingguan program tersebut. 

Jelas Yad-Z, busana yang digayakan telah dipilih oleh pihak produksi agar bersesuaian dengan konsep persembahan serta tema lagu yang dibawakan.

"Tak ada niat pun orang kata nak belanja dada atau apa-apa. Itu langsung bukan tujuan saya.

Advertisement

"Sebenarnya outfit hari itu tak ada kena-mengena pun dengan mana-mana perkara yang orang fikirkan. Semua outfit itu memang pihak produksi dah buat yang terbaik supaya sesuai dengan tema lagu yang saya bawakan.

"Mungkin setiap orang ada pandangan masing-masing. Itu adalah POV mereka, tapi daripada sudut pandangan saya, saya cuma nak sampaikan lagu dan buat persembahan sebaik mungkin," katanya kepada Gempak.

Yad-Z turut menjelaskan bahawa pemilihan busana memainkan peranan penting dalam membantu seseorang penyanyi menghayati sesebuah persembahan.

Katanya, keselesaan ketika berada di atas pentas mampu mempengaruhi emosi dan penyampaian lagu kepada penonton.

"Kadang-kadang bila kita pakai outfit yang lengkap dan sesuai dengan konsep persembahan, barulah rasa atau emosi itu datang.

"Kalau saya tak selesa dengan pakaian yang dipakai, memang ia akan memberi kesan kepada persembahan. Sebab itu pemilihan pakaian sangat penting," jelasnya.

Dalam masa sama, penyanyi itu mengakui dia selesa dengan busana yang digayakan, namun tetap terbuka menerima pandangan orang ramai sekiranya penampilannya menimbulkan rasa kurang senang.

"Sejujurnya saya selesa. Saya tak ada apa-apa isu pun tentang pakaian itu. Bagi saya pakaian itu sudah sesuai. Tapi kalau memang ada salah dan ada yang terasa kurang selesa, saya minta maaf daripada pihak saya.

"Pendengar adalah keutamaan bagi saya. Kalau ramai rasa saya perlu tukar atau ubah penampilan selepas ini, kita akan tengok dan buat perubahan," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement