Skip to main content

Hiburan

Big Stage Rocketfuel: Undian Peminat Pengaruhi Keputusan Akhir - “Harus Diambil Kira Kerana…”

Big Stage Rocketfuel: Undian Peminat Pengaruhi Keputusan Akhir - “Harus Diambil Kira Kerana…”

Sekilas

  • Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, jelaskan format pemarkahan minggu akhir Big Stage X Rocketfuel gabungkan 70% markah juri dan 30% undian peminat.
  • Format baru ini diambil kira untuk nilai marketability dan penerimaan peserta dalam kalangan peminat selain penilaian vokal semata-mata.
  • Juara Big Stage X Rocketfuel ialah Hussain, diikuti Adam Nazmie di tempat kedua dan Ranisha di tempat ketiga, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai, single terbitan, dan peruntukan pengurusan kerjaya.
Advertisement

Naib Presiden Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad tampil menjelaskan mengenai format pemarkahan minggu akhir program Big Stage X Rocketfuel yang turut melibatkan undian peminat.

Ujar Raqim, format tersebut dibuat bagi mengambil kira aspek marketability serta penerimaan peserta dalam kalangan peminat.

Advertisement

“Saya fikir kita kena lihat secara keseluruhan. Mereka semua bakat baharu. Kita juga harus lihat kepada marketability peserta dan bagaimana mereka engage dengan audience, dengan peminat dan sebagainya,” katanya kepada Gempak.

Tambah Raqim, perkara itu sangat penting memandangkan kesemua finalis merupakan bakat baharu yang bukan sahaja perlu dinilai dari segi vokal, malah mereka akan dipengaruhi dengan sokongan peminat bagi membantu mereka mengorak langkah lebih jauh dalam industri hiburan.

“Jadi perkara itu harus diambil kira kerana hakikatnya di luar sana nanti apabila mereka keluar daripada Big Stage, benda-benda ini akan diambil kira selain daripada markah vokal daripada para juri,” katanya lagi.

Untuk konsert akhir Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung pada Ahad, juara ditentukan menerusi gabungan 70 peratus markah juri dan 30 peratus undian peminat.

Format tersebut berbeza berbanding tujuh minggu sebelumnya apabila penilaian peserta dibuat sepenuhnya berdasarkan markah yang diberikan oleh juri.

Pada malam kemuncak program Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung pada Ahad, Hussain dinobatkan sebagai juara sekaligus membawa pulang wang tunai RM30,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, selain peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM100,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Sementara itu, tempat kedua disandang oleh Adam Nazmie yang membawa pulang wang tunai RM20,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Manakala Ranisha berada di tempat ketiga membawa pulang wang tunai RM10,000, sebuah single terbitan Rocketfuel Entertainment, peruntukan pengurusan kerjaya dan pemasaran single bernilai RM50,000 tajaan Rocketfuel Entertainment serta sebuah trofi.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement