Skip to main content

Hiburan

“Bila Air Mata Aku Jatuh Lepas Akad, Dia…” - Coretan Anak Fauzi Nawawi Buat Netizen Sebak

ASTROGEMPAK Anak Fauzi

Sekilas

  • Muhammad Fikri Hakimi berkongsi tentang bapanya, Fauzi Nawawi, yang lebih suka menunjukkan kasih sayang melalui tindakan daripada kata-kata.
  • Hakimi menegaskan bahawa kasih sayang seorang ayah dapat dirasai melalui perhatian dan kehadiran walaupun tidak selalu diluahkan secara lisan.
  • Perkongsian di TikTok itu mendapat pelbagai reaksi positif daripada netizen yang tersentuh dengan hubungan erat antara anak dan bapa.
Advertisement

Coretan anak kepada pelakon Fauzi Nawawi iaitu Muhammad Fikri Hakimi berkenaan bapanya yang dikongsikan di TikTok meraih perhatian wargamaya. 

 

Advertisement

Menerusi penulisannya itu, Hakimi mengakui bapanya bukan seorang yang banyak bercakap namun lebih gemar menzahirkan kasih sayang melalui tindakan.

 

“Babah tak banyak bercakap. Tapi bila air mata aku jatuh lepas akad, dia hulurkan kain,” kongsinya. 

 

Pada perkongsian yang sama, Hakimi turut menggambarkan kasih sayang seorang bapa tidak semestinya diluahkan dengan kata-kata, sebaliknya dapat dirasai melalui perhatian dan kehadiran mereka dalam kehidupan anak-anak.

 

“Kadang-kadang kasih sayang seorang ayah bukan pada kata-kata, tapi pada perkara kecil yang membuat kita faham dia sentiasa ada, walaupun sedang belajar melepaskan,” ujarnya lagi.

 

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya tersentuh dengan hubungan erat antara anak dan bapa.

 

Selain turut menyifatkan Fauzi sebagai seorang bapa yang penyayang meskipun tidak banyak meluahkan perasaan secara lisan.

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement