Skip to main content

Hiburan

“Bila Dah Habis Event, Saya Rasa Macam Nak Buka Tudung Itu Malu…” – Shikin Maembong Kongsi ‘Turning Point’ Berhijab

“Bila Dah Habis Event, Saya Rasa Macam Nak Buka Tudung Itu Malu…” – Shikin Maembong Kongsi ‘Turning Point’ Berhijab

Sekilas

  • Pelakon Shikin Maembong mula berhijab selepas merasakan ada sesuatu yang kurang dalam penampilannya, terutama selepas menghadiri konsert Soul City Ruffedge.
  • Keputusan berhijab dibuat secara spontan ketika menghadiri acara di Cameron Highlands, di mana dia rasa segan untuk membuka tudung selepas event tersebut.
  • Shikin mendapat sokongan padu daripada suami, ibu mentua, dan kakak ipar, serta menerima banyak kata-kata positif daripada pengikut di media sosial.
Advertisement

Pelakon Shikin Maembong mendedahkan keputusan untuk berhijab bukan berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya bermula apabila dirinya mula merasakan ada sesuatu yang kurang dalam penampilannya yang terdahulu.

Menurut Shikin, antara detik yang menjadi titik perubahan buat dirinya berlaku selepas menghadiri konsert Soul City Ruffedge Julai lalu.

“Turning point sebenarnya lepas konsert Soul City hari itu. Tiba-tiba saya rasa macam ada sesuatu yang kurang.

“Walaupun masa itu baru buat rambut, saya tetap rasa macam aura saya kurang. Kenapa rasa tak cantik, kenapa rasa macam itu,” katanya.

Bagaimanapun, keputusan untuk terus mengenakan hijab benar-benar berlaku ketika menghadiri sebuah acara di Cameron Highlands yang memerlukannya menutup aurat.

Pada awalnya, Shikin hanya bercadang memakai tudung sepanjang acara tersebut, namun berubah fikiran selepas berasa segan untuk membukanya semula.

“Saya cakap dengan suami, ‘Okeylah, saya pakai sekejap untuk event sahaja’.

“Tapi bila dah habis event dan nak pergi makan, saya rasa macam nak buka tudung itu malu. Tiba-tiba rasa macam segan, macam ada sesuatu yang kurang kalau saya buka,” katanya.

Malah, suaminya sendiri sempat bertanya sama ada dia benar-benar mahu terus mengenakan hijab selepas acara berkenaan.

“Suami tanya, ‘Are you sure you pakai terus? Dekat Cameron ini you pakai terus ke?’

“Saya jawab, ‘Yes, saya pakai terus’,” katanya.

Tambah Shikin, sokongan suami, ibu mentua dan kakak iparnya turut membuatkan dia semakin selesa dengan penampilan baharu tersebut.

“Mereka memang sangat gembira. Suami dan ibu mentua asyik puji, kata cantik pakai macam ini.

“Itu buat saya rasa lebih selesa,” katanya.

Dalam masa sama, Shikin turut bersyukur apabila menerima banyak kata-kata positif daripada pengikut di media sosial selepas berhijab.

Malah, ada antara mereka yang turut meminta didoakan agar diberikan kekuatan untuk istiqamah menutup aurat sepertinya.

Anda mungkin berminat dengan

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

Nike Paris Saint-Germain Bucket Hat

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

CAMEL CROWN Men's Sports Casual Shoes Breathable Soft Sole Shock Absorption

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

Song Aipods Pro 13 Wireless TWS Bluetooth 5.0 Sports earphone

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

NAIL STICKERS 5D Nail art sticker

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

McJoden - ROY Hoodie Men Women Unisex Coffee Oversized Hoodie Korean Style Couple Sweater Lelaki Plus Size

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

《Mega Deal》High/Middle Waist Underwear Cotton Underpants Breathable Female Panties Innerwear Seluar Dalam Wanita

Must Watch Video

Advertisement