Skip to main content

Hiburan

“Bila Fikir Semula, Ia Memang Terlalu Kasar…” - Kilafairy Kesal, Tampil Mohon Maaf Isu Kematian ‘Rocky’

Kilafairy

Sekilas

  • Kilafairy tampil memohon maaf secara terbuka atas pemilihan kata-kata kasar dalam hantaran di Threads berkaitan isu kematian anjing bernama Rocky.
  • Pelakon itu sudah mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua pihak sebelum membuat kesimpulan dan berharap situasi seperti ini dapat dikendalikan dengan adil dan harmoni.
  • Kilafairy mengajak masyarakat untuk bersama mewujudkan dunia yang lebih penyayang dan adil terhadap semua makhluk serta berterima kasih kepada yang menegur secara baik.
Advertisement

Pelakon Kilafairy akhirnya tampil membuat permohonan maaf secara terbuka susulan hantaran di Threads mengenai isu kematian anjing bernama ‘Rocky’ yang mengundang kecaman. 

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Kilafairy mengakui pemilihan kata-kata yang digunakan sebelum ini terlalu keras dan menganggap dirinya juga tidak terlepas membuat kesilapan. 

 

"Pertama sekali, Kila nak minta maaf atas pemilihan kata-kata yang Kila gunakan di Threads beberapa hari lepas. Bila fikir semula, ya, ia memang terlalu kasar.

 

"Maaf semua... Kila hanya manusia biasa, tidak sempurna dan masih belajar untuk menjadi insan yang lebih baik setiap hari," tulisnya.

 

Dalam masa sama, Kila turut berterima kasih kepada mereka yang menegur dan memberikan nasihat secara peribadi dengan cara yang baik.

 

Menurutnya, dia juga sudah mendapatkan penjelasan daripada kedua-dua belah pihak berhubung isu melibatkan Rocky sebelum membuat kesimpulan.

 

"Kila juga dah melalui penjelasan daripada kedua-dua belah pihak mengenai kes Rocky ini.

 

"Apa yang Kila harapkan, apabila berlaku kes seperti ini, semua pihak dapat mengendalikan situasi dengan adil dan penuh harmoni," katanya lagi.

 

Kilafairy turut berharap masyarakat dapat bersama-sama mewujudkan dunia yang lebih penyayang dan adil terhadap semua makhluk ciptaan Allah, sama ada manusia mahupun haiwan.

 

Mengakhiri kenyataannya, pelakon itu sekali lagi memohon maaf kepada mana-mana pihak yang tersinggung dengan kata-katanya sebelum ini.

 

"Sekali lagi, Kila nak minta maaf atas pemilihan kata-kata yang kurang tepat sehingga menyinggung ramai pihak. Love you and thank you guys for advising me," ujarnya.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement