Skip to main content

Hiburan

"Bila Kata Guru ‘Rileks Sangat’, Keterlaluan..." - Haiza Hanafi

"Bila Kata Guru ‘Rileks Sangat’, Keterlaluan..." - Haiza Hanafi

Sekilas

  • Seorang individu mencadangkan sekolah dibuka sehingga malam dan guru bekerja mengikut sistem syif untuk memudahkan ibu bapa menguruskan anak-anak.
  • Individu tersebut mendakwa guru kelihatan terlalu santai dan perlu merasai pengalaman bekerja syif.
  • Haiza Hanafi menolak pandangan itu, menyifatkan dakwaan guru rileks sebagai keterlaluan dan berkongsi pengalaman bapanya yang seorang guru yang bekerja keras walaupun masa bersama keluarga terhad.
Advertisement

Penyanyi dan penyampai radio, Haiza Hanafi tampil menyuarakan pandangannya selepas seorang individu mencadangkan agar sekolah dibuka sehingga malam bagi memudahkan ibu bapa menguruskan anak-anak.

Menerusi perkongsian di media sosial, individu berkenaan berpendapat waktu persekolahan yang lebih panjang dapat memberikan ruang kepada ibu bapa untuk berehat, selain mencadangkan agar guru bekerja mengikut sistem syif.

Advertisement

Malah, individu itu turut mendakwa guru kelihatan terlalu santai dan menganggap mereka wajar merasai sendiri pengalaman bekerja mengikut syif.

“Setuju tak sekolah dibuka sampai malam? Cikgu-cikgu boleh mula kerja syif.

“Aku rasa mesti ramai ibu bapa yang akan setuju idea ni. Entahlah, penat ya jaga anak-anak ini. Kalau dapat hantar ke sekolah sampai malam, tenang sikit hidup. Cikgu-cikgu pun macam rileks sangat. Rasa sikit kerja syif macam mana,” tulis individu tersebut.

Advertisement

Bagaimanapun, pandangan itu mengundang reaksi Haiza yang kurang bersetuju dengan kenyataan berkenaan, malah menyifatkan dakwaan guru terlalu santai sebagai keterlaluan.

Menurut Haiza, sebagai anak kepada seorang guru, dia memahami bahawa masa yang diluangkan oleh bapanya bersama keluarga agak terhad disebabkan tuntutan pekerjaan.

“Janganlah buat rage bait yang macam ini. Kesianlah, hai cikgu.

“Sebagai anak cikgu, saya rasa masa abah saya sangat terhad dengan anak-anak, tapi dia tetap usaha juga memenuhi apa jua kehendak kami.

“Bila kata guru ‘rileks sangat’, keterlaluan,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement