Skip to main content

Hiburan

BOOM! Magik Rompak Kutip RM1 Juta Sebelum Tayangan Rasmi

Magik Rompak

Filem arahan Adrian Teh, Magik Rompak berjaya meraih kutipan sebanyak RM1 juta hanya menerusi tayangan awal baru-baru ini.

Berita itu dimaklumkan menerusi satu hantaran di Instagram Gempak pada Khamis. 

“BOOM! 💥 Kutipan tayangan awal Magik Rompak mencecah RM1 JUTA!

“Ribuan terima kasih kepada semua penonton yang dah support Magik Rompak waktu tayangan awal haritu! You guys are the best,” maklum kenyataan itu.

Memulakan tayangan awal sejak 5 September lalu filem ini ternyata mendapat respon positif netizen.

Filem Magik Rompak yang dibintangi Sharnaz Ahmad, Zul Ariffin, Amelia Anderson,Nadhir Nasar akan memulakan tayangan rasminya pada hari ini(11 September) di panggung wayang seluruh negara.

Advertisement

 

 

Sinopsis

Dibayangi masa silam yang tragis, bekas ahli silap mata, Hadi kembali dengan rancangan berani untuk mencuri Kalung Hati Kesuma, permata legenda bernilai jutaan ringgit, dari kediaman seorang taikun korup, Tan Sri Hamdan. 

Bagi melaksanakan misi ini, Hadi bergabung dengan "Night Spark," trio perompak yang dipacu dendam. Pertunjukan silap mata dijadikan helah sempurna untuk melaksanakan rompakan paling berbahaya. 

Namun, apabila pengkhianatan mula muncul dari dalam kumpulan mereka sendiri, rancangan besar itu mula berantakan. Kini mereka harus menggunakan segala kepintaran, ilusi dan kebijaksanaan untuk menewaskan musuh, bertahan untuk hidup, dan meloloskan diri.

Must-Watch Video

Advertisement