Skip to main content

Selebriti

‘Break’ Jadi Viral, Misha Omar Terharu, Tak Sangka Lagu Disukai Gen Z - “Dengan Showcase, Amayan, Rasa Seperti…”

Break Jadi Viral, Misha Omar Terharu,Tak Sangka Lagu Disukai Gen Z

Ringkasan AI

  • Misha Omar terharu dan gembira lagu terbaharunya, Break, mendapat sambutan hangat terutama dari golongan Gen Z.
  • Lagu Break mencatat jumlah penstriman tinggi di pelbagai platform digital tanpa perancangan khusus.
  • Misha berharap konsertnya akan disertai peminat muda bersama ibu bapa mereka sebagai tanda penghargaan.
  • Walaupun hubungan dengan peminat ada pasang surut, Misha sangat menghargai sokongan mereka sepanjang dua dekad berkarya.
  • Lagu Break yang dicipta Melly Goeslow juga menjadi runut bunyi drama Mandul Bukan Pilihan dan tular selepas dinyanyikan Ammar Ahyan.

Penyanyi, Misha Omar meluahkan rasa terharu dan gembira apabila lagu hit terbaharunya berjudul Break berjaya mendapat tempat di hati generasi muda, khususnya golongan Generasi Z (Gen Z).

Menurut Misha, dia tidak menyangka Break mendapat sambutan hangat dan mencatat jumlah penstriman tinggi di pelbagai platform digital.

Malah kata Misha, kejayaan itu bukan hasil perancangan khusus, sebaliknya datang secara semula jadi.

“Sebenarnya, untuk penyanyi yang dah ‘bertaraf makcik’ macam saya ini, dapat tempat di hati Gen Z memang sesuatu yang menggembirakan. 

“Lagu Break pun dah dapat angka stream yang baik sudah tentu saya rasa sangat gembira dan bersyukur.

“Semuanya kerana kasih sayang, orang dengar dengan hati yang terbuka, dengan hati penuh kasih sayang.

“Saya menyanyi macam biasa saja, sama dari dulu pun. Tapi dengan Break dan Amayan, semua itu seolah-olah Tuhan dah susun. Dari showcase sampai penerimaan lagu, semuanya berlaku dengan izin-Nya.

“Semua itu terbuka pintu-pintunya tanpa saya merencananya pun. Cuma saya adalah seorang yang komited bila buat kerja. Break itu memang dirakam dengan sepenuh hati.

“Memang berharap yang mudah-mudahan ada peminat baru yang suka lagu saya. Alhamdulillah, saya sangat gembira,” katanya.

Misha berkata demikian ketika ditemui pada sesi latihan untuk konsert DiA Misha Omar bertempat di Babyboss Studio baru-baru ini.

Mengulas mengenai konsert, Misha percaya akan ada peminat muda yang hadir bersama ibu bapa mereka.

“Saya terima banyak maklum balas daripada peminat yang mengatakan mereka akan datang menonton konsert bersama anak-anak. 

“Jadi saya rasa, inilah masanya. Konsert ini adalah  untuk meraikan hubungan istimewa antara saya dan para peminat,” ujarnya.

Tambah Misha lagi, walaupun hubungannya dengan peminat kadangkala seperti ‘love-hate relationship’, namun dia amat menghargai kesetiaan mereka yang terus menyokong perjalanan seninya sepanjang dua dekad ini.

“Kadang-kadang hubungan kami boleh diibaratkan seperti ‘love-hate relationship’. Saya faham, saya tak selalu muncul di depan.

“Tetapi setiap kali ada yang rasa sedih atau perlukan semangat, mereka masih memilih lagu-lagu saya. Itu sesuatu yang sangat istimewa bagi saya.

“Saya tahu ada ramai penyanyi baharu yang tumbuh silih berganti sepanjang saya berkarya. Tetapi ada masanya pasti akan ada momen yang membuatkan mereka rasa ‘saya perlukan Misha sekarang, mainkan lagunya’.

“Jadi saya rasa itulah istimewanya mereka dan saya berjuang untuk itu. Saya tidak bernaung dan dipayungi oleh satu gerakan khas yang memperjuangkan Misha Omar tu sendiri.

“Tetapi saya rasa sebab saya masih di sini adalah kerana masih ada satu ruang dalam hati setiap orang yang kata ‘Saya suka Misha’,” ujarnya.

Terdahulu, lagu Break menjadi tular selepas anak usahawan terkenal, Datuk Aliff Syukri iaitu Ammar Ahyan mendendangkan naskhah itu dalam sebuah majlis.

Malah Ammar atau lebih mesra dipanggil Amayan juga mengaku Break merupakan antara lagu kegemarannya.

Untuk info, lagu Break adalah ciptaan komposer terkenal Indonesia iaitu Melly Goeslow dan juga merupakan runut bunyi bagi drama berjudul Mandul Bukan Pilihan.

Must-Watch Video

Advertisement