Skip to main content

Hollywood

Britney Spears Ditahan Pandu Kereta Melulu, Didakwa Ada Kaitan Dadah

Astro Gempak britney (1)

Sekilas

  • Britney Spears ditahan polis pada 4 Mac 2026 selepas memandu BMW hitam secara merbahaya dan dipercayai di bawah pengaruh dadah serta alkohol.
  • Sewaktu ditahan, Spears menunjukkan tanda gangguan fungsi mental dan menjalani ujian kewarasan sebelum dihantar ke penjara Ventura County Main.
  • Pendakwaan terhadap Spears dijadualkan pada 5 Mei, manakala pihaknya berjanji akan mengambil langkah wajar dan berharap mendapat sokongan sepanjang tempoh ini.
Advertisement

Britney Spears membuka babak hidup pada tahun 2026 dengan ditahan polis selepas didapati memandu secara merbahaya. Spears ditahan selepas pihak California Highway Patrol Ventura Communications Center menerima laporan sebuah kenderaan jenis BMW berwarna hitam memandu lebih had sekitar pukul 8.48 malam waktu tempatan, 4 Mac lalu.

Sewaktu disoal siasat, Spears menunjukkan sikap gangguan fungsi mental dan perlu menjalani beberapa siri ujian kewarasan sebelum ditahan kerana didakwa memandu dalam pengaruh dadah dan alkohol, lapor US Weekly. Di atas kesalahan yang dilakukan, Spears kemudian dihantar ke penjara Ventura County Main.

Advertisement

Menerusi audio milik 911, Spears, 44, memandu BMW secara melulu dengan berada dalam dan luar garisan dalam keadaan laju. Kereta itu juga didakwa beberapa kali berhenti mengejut dalam pemanduan berbahaya.

Selepas ditahan, Spears dibawa ke hospital berdekatan untuk menjalani ujian alkohol dan mengambil darah. Dia kemudian dimasukkan ke penjara Venture County Mail sebelum dibebaskan tiga jam kemudian. Pendakwaan terhadapnya akan dijalankan pada 5 Mei depan.

“Insiden ini tidak sepatutnya berlaku,” ujar pihak Spears yang juga berkata: “Dia akan mengambil langkah wajar serta mengikut undang-undang dan berharap agar semua boleh berakhir dengan baik.”

“Diharapkan Spears akan mendapat sokongan yang baik sepanjang detik sulit ini.”

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement