Skip to main content

Hiburan

Setahun TTC Untuk Dapatkan Anak Ketiga, Neelofa Hampir Nak Buat IVF - “Persoalannya Adakah Saya…”

Neelofa

Sekilas

  • Neelofa berkongsi pengalaman sukar untuk hamil anak ketiga selepas dua kehamilan pertama yang mudah dan tidak dirancang.
  • Dia cuba pelbagai rawatan termasuk perubatan tradisional dan suntikan sebelum akhirnya mendapat kehamilan selepas menunaikan umrah dan berdoa dengan penuh harapan.
  • Neelofa menekankan pentingnya usaha disertai doa yang sungguh-sungguh dalam menghadapi cabaran untuk mendapatkan zuriat.
Advertisement

Biarpun sudah mempunyai dua cahaya mata, namun selebriti dan usahawan Neelofa mengakui usaha untuk mendapatkan zuriat ketiga bukan mudah seperti kehamilan sebelum ini.


 

Advertisement

Menerusi perkongsian di podcast Habis Cerita, Neelofa berkata dia memahami perasaan wanita yang melalui proses try to conceive atau TTC memandangkan dirinya berdepan cabaran sama.

 

“Kali ini ambil masa sebelum saya sampai ke sini (hamil). Anak pertama dan kedua saya dahulu tidak dirancang dan sangat mudah untuk diperoleh.


 

“Namun, kali ketiga ini saya berusaha melalui proses TTC. Perjalanan itu mengajar saya erti yang berbeza sebab baru saya faham perasaan orang yang sukar mengandung. Selama ini saya tidak pernah mengalaminya,” katanya.


 

Malah bekas pengacara program MeleTOP itu turut mendedahkan pada awalnya ada merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF) jika usahanya menemui jalan buntu namun dia memilih untuk mencuba pelbagai kaedah rawatan lain terlebih dahulu.


 

“Hampir setahun saya sentiasa meletakkan tarikh sasaran, kononnya jika tidak berjaya menjelang Januari, saya mahu buat IVF.


 

“Tetapi saya terus menunda tarikh itu. Sampai satu hari saya sudah berusaha macam-macam, buat suntikan, makan suplemen dan pergi dapatkan rawatan perubatan tradisional Cina.


 

“Persoalannya, adakah saya betul-betul berdoa kepada Allah atau tidak? Saya kenal diri sendiri, saya tidak merayu dan mengetuk pintu rahmat Allah dengan bersungguh-sunggu,” luahnya.


 

Bagaimanapun titik perubahan berlaku apabila menunaikan ibadah umrah, di mana dia memanfaatkan malam-malam mustajab dan malam Lailatulqadar untuk merintih serta memohon doa kepada Yang Maha Esa.


 

“Selepas hari raya, saya minta izin suami untuk pergi menunaikan umrah. Sebelum berangkat ke umrah, pada malam-malam yang mustajab, saya khususkan doa untuk meminta panduan agar dikurniakan rezeki zuriat.


 

“Pada malam Lailatulqadar, saya fokus berdoa dan menetapkan beberapa hajat termasuklah untuk hamil. Saya merintih ‘Ya Allah sebenarnya aku nak sangat tetapi aku tak tahu adakah ini yang terbaik untuk aku atau tidak’.


 

“Sampai satu tahap saya terfikir, adakah wajar meminta kepada Allah sampai begini sekali. Adakah terlalu berlebihan sebab saya meminta sampai merengek-rengek.


 

“Dua minggu selepas itu apabila pulang dari umarah, keputusan ujian kehamilan adalah positif. Allah menjawab doa itu selepas hampir setahun perjalanan untuk hamil,” kongsinya.


 

Pada masa sama, isteri kepada penceramah bebas PU Riz atau Haris Ismail itu menitipkan pesanan agar setiap usaha fizikal dan emosi sentiasa diiringi dengan pergantungan penuh kepada doa yang bersungguh-sungguh.


 

“Pengajaran terbesar yang saya perolehi adalah kita memang boleh berusaha, berikhtiar serta merasai pelbagai emosi seperti jatuh, teruja dan sedih tetapi kita perlu bertanya kembali kepada diri sendiri.


 

“’Adakah kita sudah benar-benar berdoa secara habis-habisan atau tidak?’,” katanya.


 

Sebelum ini, walaupun ramai menyedari perubahan fizikalnya, Neelofa enggan mengumumkan kehamilan ketiganya.


 

Sekadar info, Neelofa dan suaminya yang juga pendakwah, Haris Ismail atau PU Riz mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021.


 

Hasil perkahwinan, mereka memiliki dua cahaya mata iaitu Bilal, 4, dan Abbas yang kini berusia tiga tahun.

  

Anda mungkin berminat dengan

TIMAGE 3-Color Blush Palette

TIMAGE 3-Color Blush Palette

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

L'Occitane Shea Ultra Rich Body Lotion 250ml

KITSUI Whitie Snow Probiotic Drink

KITSUI Whitie Snow Probiotic Drink

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

LAVEN Watercolor Painting Cotton Viscose Shawl Breathable Soft Pashmina Selendang Muslim Women Shawl Hijab Scarf

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

BOKITTA MIDNIGHT NAVY WITH CRYSTALS Plain Crinkled Chiffon

Must Watch Video

Advertisement