Sekilas
- Brooklyn Beckham dedah punca sebenar dia memilih untuk tidak berjumpa dengan ibu bapanya, David dan Victoria Beckham, yang didakwa tidak menyukai isterinya, Nicola Peltz.
- Brooklyn mendedahkan beberapa insiden termasuk pembatalan tempahan busana pengantin Nicola dan gangguan semasa majlis perkahwinan mereka yang dibuat oleh ibu bapanya.
- Brooklyn juga tidak hadir ke majlis ulang tahun ke-50 David Beckham kerana ibu bapanya melarang Nicola hadir bersama, menyebabkan hubungan mereka semakin tegang sejak perkahwinan pada 2022.
Selepas sekian lama mendiamkan diri, anak kepada pasangan terkenal dunia, David dan Vitoria Beckham iait Brooklyn Beckham akhirnya bersuara mengenai kemelut yang berlaku melibatkan mereka sejak akhir-akhir ini.
Menerusi Instastory, Brooklyn tampil memuat naik beberapa hantaran menjelaskan punca sebenar dirinya memilih untuk tidak lagi berjumpa kedua ibu bapanya.
Dakwa Brooklyn, David dan Victoria tidak pernah menyukai isterinya, Nicola Pelts. Malah, kedua ibu bapanya itu juga didakwa pernah melakukan pelbagi perkara untuk menghancurkan majlis perkahwinannya.
“Mereka (David & Victoria) tak pernah sukakan isteri saya. Mereka melakukan pelbagai perkara untuk menghancurkan hubungan kami sebelum kami berkahwin lagi.
“Untuk majlis perkahwinan kami, ibu saya membatalkan tempahan busana pengantin Nicola sehinggakan isteri saya terpaksa mencari yang lain. Isteri saya sangat teruja untuk mengenakan pakaian yang sudah ditempah itu.
“Sewaktu penyanyi, Marc Anthony menjemput saya ke tengah pentas yang sepatutnya menjadi momen tarian romantis saya bersama isteri, tiba-tiba ibu saya pula yang datang dan menari bersama saya di hadapan 500 tetamu.
“Ibu dan bapa saya juga telah melakukan beberapa perkara lain sebelum majlis berbahagia saya dan Nicola sehingga membuatkan emosi kami terganggu. Saya rasa seperti dimalukan dihadapan khalayak ramai,” kongsinya.

Mengulas mengenai ketidakhadirannya sewaktu majlis ulang tahun kelahiran yang ke-50 David Beckham, Brooklyn mendakwa ibu bapanya melarang Nicola daripada hadir bersama, sekaligus membuatkan dirinya memilih untuk tidak memunculkan diri.
“Ketika ulang tahun kelahiran bapa saya yang ke-50 tahun, saya dan Nicola terbang ke London untuk berjumpa dengannya namun bapa saya tidak mahu berjumpa.
“Sehinggalah bapa saya mengadakan parti bersama ratusan tetamu, dia bersetuju untuk berjumpa dengan saya namun meletakkan syarat supaya Nicola tidak ikut bersama.
“Saya rasakan seperti ditampar. Isteri saya tidak pernah dihormati kedua ibu bapa saya. Ibu bapa saya juga lebih mementingkan jenama ‘Beckham’ lebih daripada anaknya sendiri,” kongsinya lagi.

Sekadar info, hubungan Brooklyn dan ibu bapanya dikatakan tegang sejak perkahwinannya dengan pelakon Amerika Syarikat, Nicolat Peltz pada tahun 2022 lalu.
Spekulasi mengenai hubungan mereka yang renggang itu semakin kuat apabila David dan Victoria tidak memuat naik gambar bersama Brooklyn sewaktu ulang tahun kelahirannya yang ke-50.
Walau bagaimanapun, sehingga artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada David dan Victoria berhubung dakwaan anak sulung mereka itu.
Sumber: Instastory Brooklyn Beckham