Gara-gara sepotong video yang dimuat naik di TikTok, penyanyi dan pelakon Amira Othman menjadi perhatian apabila ramai netizen mendakwa dia kini sedang berbadan dua.
Menerusi perkongsian tersebut, Amira dilihat membuat video lipsync bersama suaminya, pelakon Fattah Amin sambil menyebut dialog berbunyi;
Advertisement
Hmm mcm mcm lah Yuti punya idea ek. Betul ke mcm ni? 🧐
“Hi! Kids, this is your mom,” ujar Amira.
“This is your dad,” sambung Fattah.
Video ringkas itu nyata mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan peminat yang teruja dan menyangka ia sebagai ‘hint’ bahawa pasangan baharu itu bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi.
Antara komen yang ditinggalkan netizen termasuklah:
“Mira tu dah nampak dah seri pregnant tu.
“Nampak muka memang pregnant… confirm!
“Semoga FattMira dapat zuriat yang soleh dan solehah,” komen beberapa netizen.
Tidak kurang juga yang memuji penampilan Amira bertudung sambil mengusik wajahnya yang dikatakan berseri seperti wanita hamil.
“Pakai tudung macam ni Mira… nampak kemas dan cantik. Tapi kenapa muka nampak macam aura-aura preggy mom… lahhh tiberr,” komen seorang lagi.
Bagaimanapun, Amira menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan bahawa video itu hanyalah content spontan yang diusulkan oleh penata gayanya, Yuti.
“Eh bukan tau. Ni content macam baru kahwin gitu. Mak hayam Yuti suruh buat hahaha,” jelas Amira.
Terdahulu, Amira dan Fattah selamat diijabkabulkan pada 14 September lalu dalam sebuah majlis tertutup di Sepang sebelum meneruskan tiga majlis resepsi termasuk yang terbaru di Kuala Lumpur pada hujung minggu lalu.