Skip to main content

Selebriti

“Bukan AI, Saya Memang Pelik” - Andi Bernadee

Andi Bernadee pelik

Sekilas

  • Andi Bernadee menafikan lagu-lagu dalam album terbarunya, Ding Geding, menggunakan teknologi AI dan menjelaskan gaya penulisan uniknya sudah lama diamalkan.
  • Beliau mengakui AI digunakan secara meluas dalam industri muzik sejak lama dan tidak menolak teknologi itu, tetapi buat masa ini masih fokus pada album tanpa merancang guna AI.
  • Andi memilih untuk tidak ambil pusing dakwaan netizen dan lebih fokus pada usaha seni yang sedang dijalankan sekarang.

Penyanyi, Andi Bernadee menafikan dakwaan segelintir netizen yang mengatakan lagu-lagu dari album terbaharunya, Ding Geding menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Menurut Andi atau nama sebenarnya Andi Azrul Andi Mapangile, 35, lagu-lagu tersebut bukan menggunakan teknologi AI sebaliknya gaya penulisan yang unik dan luar daripada kebiasaan itu telah digunakannya sejak dari dahulu lagi.

“Tidak (bukan AI), sebab saya memang pelik. Teknologi kita sudah maju ke depan dan lirik yang saya hasilkan pun memang pelik sejak dari dulu lagi.

“Cumanya mereka kata ada sesetengah keywords yang boleh dikaitkan dengan AI, tapi saya okay sahaja. 

“‘Aku steady, vibe aku okay'… Saya tak pernah pakai benda-benda itu dalam lirik saya sebelum ini.

“Tapi mengapa sekarang saya tak boleh pakai? Sedangkan ada yang gunakan lirik seperti itu,” katanya.

Andi berkata demikian ketika ditemui di Konsert Bintang Uni-verse 2026 yang berlangsung di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam baru-baru ini.

Tidak cepat melatah, Andi bagaimanapunberpendapat teknologi tersebut tidak boleh ditolak kerana hakikatnya AI kini digunakan secara meluas dan harus dimanfaatkan secara bijak supaya tidak ketinggalan.

Malah kata Andi, dia tidak mahu mengambil pusing akan dakwaan tersebut dan memilih untuk menumpukan kepada beberapa perkara yang sedang diusahakannya.

“Saya tak boleh nak rasa kesal atau marah, sekarang ada segelintir yang anti AI dan ada juga yang pro AI.

“Kita kena terima perkara itu, kalau tidak kita akan tertinggal ke belakang dan orang lain akan memanfaatkannya.

“Pada saya, kalau nak cakap apa pun cakaplah. Sekarang ini banyak lagi perkara yang sedang saya lakukan,” tegasnya.

Sementara itu, Andi juga menjelaskan bahawa penggunaan AI dalam industri muzik bukanlah sesuatu yang baharu, malah digunakan sejak dari dahulu untuk penghasilan sesebuah lagu.

“Sebenarnya dari 10 ke 20 tahun lepas sudah ada AI, semua sample sample lagu antarabangsa yang kita dengar digunakan sana sini.

“Jadi pada saya tak ada isu pun, siapa-siapa nak pakai AI, pakai sahajalah.

“Buat masa ini saya tiada perancangan lagi untuk guna AI dan saya pun masih fokus dengan album,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

Kemeja Formal Lelaki Cotton Baju Lelaki [NO LOGO] Men Shirt Long Sleeve Plain Formal Shirt

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

ZITY Shark Skin Waterproof Warm And Comfortable Tactical Jacket

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

🔥BOXER DEWASA LELAKI CUTTING BESAR SELUAR DALAM ( MEN BOXER PLUS SIZE ) UNDERWEAR Cotton

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Set 5 keping seluar boxer bergaya lelaki untuk remaja dan dewasa, bernafas, lembut dan cepat-d

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

Topik Berkaitan

Must Watch Video

Advertisement