Skip to main content

Hiburan

Bukan Efek Visual Semata, ‘Chelot’ Guna Letupan Sebenar Demi Kepuasan Penonton - “Lagi Real, Lagi Intense, Lagi Puas…”

CHELOT

Sekilas

  • Filem aksi Chelot menggunakan letupan praktikal untuk menghasilkan kesan lebih realistik dan intens sepanjang penggambaran.
  • Beberapa lokasi unik seperti Makmal MARDI Terbiar dan Kampung Bukit Manchong dipilih, dengan sokongan penuh Unit Tindakhas (UTK) bagi memastikan babak aksi kemas dan meyakinkan.
  • Walaupun beberapa pelakon dan kru mengalami kecederaan ringan, filem ini tetap mengekalkan komitmen tinggi dan akan ditayangkan pada 27 Ogos ini.
Advertisement

Filem aksi Chelot bukan sekadar menjanjikan adegan mendebarkan di layar perak, malah proses pembikinannya sendiri turut dipenuhi cabaran yang menguji ketahanan barisan pelakon dan kru.

 

Advertisement

Lebih menarik, kebanyakan babak letupan dalam filem tersebut menggunakan letupan praktikal (practical explosion) bagi menghasilkan impak yang lebih realistik berbanding bergantung sepenuhnya kepada kesan visual (CGI).

 

Pendekatan itu bukan sahaja memberikan pengalaman lebih autentik kepada penonton, malah turut menambah intensiti ketika penggambaran berlangsung.

 

“Nampak macam CGI? Filter? Nope. 💥Kalau Christopher Nolan pun pilih practical effects untuk The Odyssey, takkan babak letupan dalam CHELOT kita nak buat biasa-biasa je kan? 😏

 

“Semua letupan yang korang nampak dalam CHELOT adalah letupan sebenar — lagi real, lagi intense, lagi puas bila tengok dekat wayang! 💣🔥

 

“Stay tuned… sebab apa yang korang nampak ni baru teaser je. Yang selebihnya? Korang kena saksikan sendiri,” tulis di perkongsian Instagram GSC Movie. 

 

Beberapa lokasi unik yang dipilih bagi menjayakan babak-babak aksi, antaranya Makmal MARDI Terbiar di Semenyih, Campbell Shopping Complex serta Kampung Bukit Manchong, Rawang.

 

Dalam masa sama, produksi turut memaklumkan bahawa Unit Tindakhas (UTK) memberikan sokongan penuh sepanjang proses pembikinan filem berkenaan, sekali gus membantu memastikan setiap babak aksi dapat dilaksanakan dengan lebih kemas dan meyakinkan.

 

Bagaimanapun, komitmen terhadap penghasilan babak aksi berskala besar itu turut menuntut pengorbanan apabila beberapa pelakon antaranya Shukri Yahaya dan kru mengalami kecederaan ringan ketika menjalani penggambaran Chelot khususnya bagi babak 'one-take' yang melibatkan letupan serta aksi lasak.

Walaupun berdepan situasi mencabar, kesungguhan seluruh pasukan produksi jelas membuktikan komitmen mereka untuk memberikan pengalaman sinematik yang lebih realistik dan penuh debaran buat penonton.

 

Filem Chelot yang dibintangi oleh Shaheizy Sam, Shukri Yahaya, Beto Kusyairy dan Nadhir Nasar bakal ditayangkan di seluruh pawagam pada 27 Ogos ini. 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by GSC Movies (@gscmovies)

Anda mungkin berminat dengan

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

adidas Football Germany 26 Home Fan Jersey Men White JZ4556

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Argentina 26 Home Jersey Men White JM8396

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

Must Watch Video

Advertisement