Skip to main content

Hiburan

“Bukan Gimik…” – Adi Priyo Kongsi Sebab Pilih Berehat Daripada 6ixth Sense

“Bukan Gimik…” – Adi Priyo Kongsi Sebab Pilih Berehat Daripada 6ixth Sense

Sekilas

  • Adi Priyo, vokalis utama 6ixth Sense, mengumumkan akan berehat dari kumpulan selepas konsert mereka pada 23 Januari 2027 untuk fokus pada projek solo dan keluarga.
  • Keputusan berehat ini dirancang awal dan bukan disebabkan ketidakpuasan hati, sebaliknya memberi kebebasan berkarya tanpa perlu tunggu persetujuan anggota lain.
  • Konsert terakhir ini adalah peluang untuk peminat menikmati persembahan 6ixth Sense bersama Adi sebelum tempoh rehat, dengan tiket dijual antara RM99 hingga RM199.
Advertisement

Vokalis utama kumpulan 6ixth Sense, Adi Priyo mengumumkan bakal berehat daripada kumpulan tersebut selepas menjayakan Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu pada 23 Januari 2027 depan. 

Adi atau nama sebenarnya Adi Priyo Sambodo berkata, keputusan itu sudah dirancang lebih awal bagi memberikan ruang kepada komitmen muzik lain serta keluarga.

Menurut penyanyi, komposer dan penulis lirik itu, dia mempunyai projek solo, terbabit sebagai pemuzik dalam kumpulan lain selain menerbitkan karya beberapa artis.

“Saya sebenarnya dah rancang perkara ini untuk diri sendiri sebelum 6ixth Sense buat konsert ini lagi. Saya ada kontrak dengan label lain dan tak mahu komitmen bertindih selepas mereka melaburkan wang.

“Dari awal saya dah beritahu 6ixth Sense supaya berehat dahulu. Saya ada projek solo, ada kumpulan lain yang saya tidak menyanyi tetapi menjadi pemuzik dan beberapa artis yang saya terbitkan.

“Sekarang saya juga seorang bapa, kena hantar anak ke sekolah. Banyak masa saya sudah terbahagi dan agak susah nak susun jadual,” katanya.

Adi berkata demikian pada sidang media Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu di Hotel Perdana Kuala Lumpur City Centre, semalam.

Turut hadir empat anggota lain iaitu Gjie selaku pemain keyboard, Wan (dram), Ayoy (bes) dan Athan (gitar) serta penganjur bersama, SVEN Asia Venture.

Mengulas lanjut, Adi berkata, tawaran menjayakan konsert tersebut diterima sebagai peluang untuk kembali menghiburkan peminat sebelum berehat.

Bagaimanapun, dia belum dapat memastikan bila akan kembali membuat persembahan bersama 6ixth Sense selepas itu.

“Apabila dapat tawaran ini, kami setuju buat, tetapi ini yang terakhir sebelum betul-betul berehat.

“Sesiapa yang teringin nak dengar 6ixth Sense bersama saya kena datang konsert sebab selepas itu, saya tak tahu lagi bila. Sesiapa yang nak bernostalgia bersama saya, datanglah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Adi menegaskan pengumuman tersebut bukan gimik untuk melariskan jualan tiket atau membuka jalan kepada konsert penyatuan semula.

“Bukan gimik. Ini bukan gimik nak jual tiket ‘reunion’. Belum habis lagi dah ‘reunion’,” selorohnya.

Ditanya sama ada keputusan memberikan tumpuan kepada kerjaya solo berpunca daripada rasa tidak gembira bersama kumpulan, Adi menafikan perkara tersebut.

Sebaliknya, dia mengakui bergerak solo memberikan lebih kebebasan untuk berkarya tanpa perlu menunggu persetujuan serta kelapangan masa semua anggota.

“Bukan tak gembira, tetapi dengan 6ixth Sense, karya kena mendapat persetujuan semua. Kena atas kesepakatan lima orang.

“Saya pemuzik sepenuh masa, mereka pula ada kerja masing-masing. Kalau solo, saya lebih bebas berkarya ikut apa yang saya nak dan lebih cepat.

“Kalau dengan kumpulan, kena tunggu masa masing-masing. Perkara itu membuatkan perjalanan saya agak perlahan sedikit,” jelasnya.

Sementara itu, Athan (gitaris) menerima keputusan Adi dengan hati terbuka dan menyifatkan tempoh rehat tersebut sebagai sesuatu yang boleh difahami selepas dua dekad bersama.

Menurutnya, setiap anggota menghormati keputusan masing-masing dan tidak melihat langkah tersebut sebagai pengakhiran perjalanan 6ixth Sense.

“Dah 20 tahun kami berjalan bersama. Kalau Adi buat keputusan untuk berehat, saya rasa kawan-kawan pun faham. Mungkin penat atau ada alasan tertentu.

“Saya terima dengan hati terbuka. Ini bukannya pengakhiran tetapi lebih kepada berehat sebentar, ambil cuti. Kami hormat keputusan masing-masing,” katanya.

Konsert 6ixth Sense: Tak Bisa Memilihmu bakal berlangsung di Idea Live Arena, Petaling Jaya pada 23 Januari 2027 dengan harga tiket antara RM99 hingga RM199.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement