Skip to main content

Hollywood

Bukan Kendall Jenner, Bad Bunny Didakwa Kembali Ke Pangkuan Bekas Kekasih

Astro Gempak bad kekasih

Sekilas

  • Bad Bunny dan bekas kekasihnya, Gabriela Berlingeri, dilihat kembali bersama selepas mereka keluar makan malam di Buenos Aires pada 12 Februari.
  • Gabriela turut hadir menonton persembahan Bad Bunny di Super Bowl 2026 sebelum mereka dilihat menghabiskan masa bersama.
  • Hubungan mereka bermula sejak 2017 dan berakhir pada 2022, sementara Bad Bunny pernah dikaitkan dengan Kendall Jenner selepas itu.
Advertisement

Pemberitaan tentang Bad Bunny ada di mana-mana. Semua hal tentang penyanyi Latin yang baru mencetak sejarah dalam penampilan di acara separuh akhir Super Bowl 2026 diburu media.

Terkini, pemenang Grammy dengan nama sebenar  Benito Antonio Martínez Ocasi itu  menjadi tajuk berita kerana didakwa telah kembali ke pangkuan bekas kekasihnya, Gabriela Berlingeri.

Advertisement

Spekulasi bintang Puerto Rico untuk kembali menjalin cinta dengan Berlingeri muncul selepas keduanya dilihat menghabiskan masa dengan keluar makan malam di Buenos Aires pada 12 Februari lalu. Foto Bunny dan Berlingeri keluar makan malam bersama pantas tersebar di internet, lapor People.

Sebelumnya, Berlingeri telah memuat naik kehadirannya menonton Bunny di Super Bowl di Instagram Story miliknya sebelum ‘ditangkap’ menghabiskan masa bersama Bunny yang mempunyai persembahan di Buenos Aires.

Pada makan malam kasual itu, Bunny dilihat memakai pakaian suka berwarna biru dan menutup sebahagian wajahnya dengan kain dan memakai topi sementara Berlingeri pula jalan berasingan daripada lelaki itu.

Advertisement

Bunny dan wanita yang merupakan seorang pereka aksesori itu diketahui mula menjalin hubungan pada 2017 dan tampil bersama di permaidani merah Billboard Latin Music Awards pada 2021. Hubungan mereka bagaimanapun didakwa berakhir pada 2022.

Selepas berpisah, Bunny digosipkan menjalin hubungan dengan beberapa wanita lain termasuk Kendall Jenner bermula Februari 2023 selepas dilihat menghabiskan masa bersama makan malam di Los Angeles bersama Justin Bieber dan Hailey Bieber. Hubungan mereka bagaimanapun dikatakan tidak berjalan mulus.

Anda mungkin berminat dengan

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Plus Size 3 Colors Kasut Lelaki Men Leather Sneakers Breathable Krasovki Shoes Super Light White Casual Shoes Male Tenis Masculino 38-48

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

adidas Lifestyle Run 84 Shoes Men Beige JI4869

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

Nike Men's Zoom Fly 6 Road Racing Shoes - Cannon [FN8454-003]

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

MU BAJU PAGODA T-SHIRT 406#/PAGODA T-SHIRT BUTTON 402#/PAGODA SINGLET 401#/PAGODA ZIP POCKET HAJI 408#/CHUNG KAI

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

bean bag【ONSALE】S/M/L /XL sofa bean Stylish Bedroom Furniture Solid Color Single Bean Bag Lazy Sofa Cover DIY Filled Inside (No Filling)

Must Watch Video

Advertisement