Skip to main content

Hiburan

Bukan Nak Puaskan Hati Netizen, Agy Perjelas Sebab Sebenar Ubah Penampilan - "Saya Sebenarnya Memang Dah Lama..."

AGY

Sekilas

  • Agy jelaskan perubahan penampilan rambutnya adalah hasrat lama yang akhirnya dapat direalisasikan, bukan untuk puaskan hati netizen.
  • Rambut panjang sebelum ini adalah identiti Agy semasa bekerja dan dia kini masih menerima tawaran kerja walaupun sudah bertukar gaya.
  • Agy akui pernah terkesan dengan kritikan netizen tetapi kini memilih untuk tidak memberi reaksi demi ketenangan diri.
Advertisement

Penyanyi dan pempengaruh media sosial, Agy tampil menjelaskan bahawa perubahan penampilan terbaharunya bukanlah untuk memuaskan hati mana-mana pihak, sebaliknya merupakan keinginan lama yang akhirnya dapat direalisasikan.

Advertisement

Agy atau nama sebenarnya Muhammad Affizy Mohd Khairy berkata, hasrat tersebut sudah lama dipendam namun terpaksa ditangguhkan kerana komitmen kerja.

"Saya tak ubah penampilan untuk puaskan hati netizen. Saya sebenarnya memang dah lama nak potong rambut tetapi hasrat tak kesampaian memandangkan saya masih terikat dengan permintaan kerja atau client.

"Rambut Panjang itu adalah identiti saya ketika saya bekerja.

"Sekarang baru ada kesempatan untuk pamer rambut baru saya dan Alhamdulillah saya masih menerima tawaran kerja.," katanya kepada Gempak.

Agy berkongsi perkara itu ketika ditemui di malam kemuncak Gempak Most Wanted 2025 yang berlangsung di MBSA, Shah Alam baru-baru ini.

Dalam masa sama, Agy mengakui pada awalnya dia sedikit terkesan dengan kritikan netizen, namun kini memilih untuk tidak lagi memberi reaksi demi menjaga ketenangan diri.

"Kita tak boleh tutup mulut orang. Kita buat apa pun orang masih akan cakap pasal kita. Awal-awal itu saya ada terkesan juga dan ada membalas semula komen-komen tersebut tetapi sekarang saya memilih untuk membiarkan sahaja," ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Related Topics

Must Watch Video

Advertisement