Skip to main content

Hiburan

Bukan Sekadar Rempit & Lumba Jalanan, Malaikat Malam Angkat Realiti Generasi Masa Kini

Malaikat Malam

Sekilas

  • Filem Malaikat Malam arahan Nazifdin Nasrudin mendapat sambutan positif selepas tiga hari tayangan dengan tema dunia permotoran dan realiti kehidupan generasi muda masa kini.
  • Filem ini mengisahkan Azam, seorang pelumba jalanan yang menghadapi konflik emosi dan cabaran hidup selepas kemalangan yang mengubah hidupnya.
  • Pelakon utama Syafiq Kyle membawa transformasi berani sebagai ‘mat rempit’, manakala barisan pelakon lain seperti Tracie Sinidol dan Que Haidar menambah dimensi menarik kepada cerita.

Baru tiga hari ditayangkan, filem terbitan Viper Studios dengan kerjasama Skop Productions, Astro Shaw dan Primeworks iaitu Malaikat Malam dilihat mendapat respon positif daripada penonton yang merasakan rindu mereka terhadap filem berkisarkan dunia permotoran terubat.

Filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin ini bukan sahaja mengangkat kisah dunia rempit, sebaliknya ia turut menggambarkan realiti kehidupan generasi masa kini yang berdepan dengan pelbagai cabaran hidup.

Di sebalik aksi kelajuan di atas jalan raya, filem ini sebenarnya membawa mesej mengenai seorang anak muda iaitu Azam (Syafiq Kyle) yang berusaha sebaik mungkin untuk orang yang tersayang meskipun hanyut dengan dunia rempit.

Watak Jimmy (Kodi Rasheed) yang merupakan sahabat baik kepada Azam pula mengisahkan seorang anak muda yang terpaksa berdepan dengan tekanan hidup dengan melakukan dua kerja hanya semata untuk bertahan dalam kehidupan.

Itulah antara realiti yang dihadapi kebanyakkan generasi masa kini yang sentiasa berusaha sedaya upaya untuk meneruskan kehidupan.

Pendek kata, Malaikat Malam bukanlah sekadar hiburan tetapi ia juga membawa satu mesej dan cerminan realiti yang dihadapi ramai anak muda hari ini.

Sekadar info, Malaikat Malam mengisahkan perjalanan hidup seorang ‘mat motor’ bernama Azam yang secara tidak sengaja melanggar seorang gadis buta, Ratna. Ia menjadi titik perubahan besar dalam hidupnya. Namun, apabila dendam lama, pengkhianatan dan tragedi mula menghimpit, Azam terpaksa berdepan dengan realiti yang tidak dapat dielakkan. 

Filem yang mendapat sentuhan pengarah muda, Nazifdin Nasrudin menampilkan pelakon versatil Syafiq Kyle sebagai Azam, seorang pelumba jalanan dengan konflik emosi di sebalik kehidupan berisiko. Menerusi watak Azam, Syafiq Kyle buat pertama kalinya menyahut cabaran membawakan karakter seorang ‘mat rempit’, memperlihatkan transformasi lakonan yang lebih berani dan berbeza daripada penampilan sebelum ini. 

Turut menampilkan barisan pelakon mantap, termasuk Tracie Sinidol sebagai gadis buta, yang membawa dimensi tersendiri kepada cerita, serta kemunculan semula Que Haidar ke layar perak yang dinantikan ramai. Pelakon lain yang mencuri tumpuan ialah Amir Nafis, Kodi Rasheed, Juzzthin, Akmal Asyraf dan Riezman Khuzaimi, yang menjanjikan kombinasi watak yang bertanaga dan meninggalkan kesan. 

Tiket filem Malaikat Malam sudah boleh didapatkan di seluruh pawagam berdekatan anda bermula hari ini. Gunakan #MalaikatMalam2026 di semua platform digital dan ikuti perkembangan dan info terkini filem di akaun media sosial Viper Studios, Skop Productions, Astro Shaw, Primeworks Studios.

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

POP MART Twinkle Twinkle Crush On You Series-Plush Pendent Blind Box

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Skechers Unisex CNY Short Sleeve Tee

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

POP MART Hirono Road Journal Series-Plush Doll Pendant Blind Box

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Must-Watch Video

Advertisement