Skip to main content

Hiburan

“Bukan Tak Bagi Dua Minggu Ya” - Status Uqasha Senrose Jadi Perhatian, Kongsi Keadaan Hawra Uqaira Kena ‘Chicken Pox’

Uqasha Senrose

Sekilas

  • Uqasha Senrose berkongsi di Instastory mengenai dua minggu yang didakwa membalas kenyataan bekas suaminya mengenai pertemuan anak mereka, Hawra Uqaira.
  • Anaknya kini dijangkiti chickenpox dan mengalami kegatalan yang menyukarkan tidurnya sejak malam tadi.
  • Bekas suami Uqasha, Kamal, meluahkan rasa syukur kerana dapat berjumpa Hawra selepas dua minggu dan menghargai peluang itu untuk menjaga hubungan mereka.

Kenyataan yang dikongsikan pelakon Uqasha Senrose menerusi Instastory miliknya pada Jumaat menarik perhatian wargamaya. 

 

Perkongsian itu berkaitan dengan dua minggu yang didakwa menjawab kenyataan bekas suaminya berasa seronok dapat berjumpa dengan anak perempuan, Hawra Uqaira selepas 14 hari tidak bertemu. 

 

“Bukan tak bagi dua minggu ya,” tulis Uqasha secara ringkas. 

 

Dalam pada itu, Uqasha menerusi perkongsian video di Instastory memberitahu anaknya dijangkiti ‘chicken pox’ dan mengalami gatal badan sejak malam tadi. 

 

“Ada budak kecil tu, kena chickenpox... kesian dia gatal badan. Banngun tidur, bangun tidur dia tak selesa tidur... garu-garu,” kongsinya. 

 

Pada Khamis, Kamal meluahkan rasa syukur apabila dapat melepaskan kerinduan terhadap anak perempuannya selepas dua minggu tidak berjumpa. 

 

Perjumpaan singkat itu sangat bermakna dan Kamal berterima kasih kepada bekas isterinya, Uqasha Senrose, kerana memberi peluang untuk meluangkan masa bersama Hawra.

 

Kata Kamal, dia akan memanfaatkan setiap masa lapang untuk bertemu Hawra demi memastikan hubungan mereka kekal erat walaupun selepas perceraian mereka baru-baru ini.

Must-Watch Video

Advertisement