Skip to main content

Hiburan

Bukan 'Temberang', Mimi Fly Bakal Jayakan Watak Bayan Dalam Puteri Gunung Ledang The Musical

Astrogempak MIMI FLY

Sekilas

  • Mimi Fly diumumkan sebagai pelakon yang memegang watak Bayan dalam Puteri Gunung Ledang The Musical.
  • Musim baharu pementasan ini memperkenalkan dua watak Puteri dan dua watak Bayan untuk terus memelihara legasi karya tersebut.
  • Pihak produksi akan mengumumkan pelakon Bayan kedua tidak lama lagi, sambil menerima ucapan tahniah untuk Mimi Fly.
Advertisement

Produksi Puteri Gunung Ledang The Musical mengumumkan penyanyi dan komposer, Mimi Fly bakal membintangi pementasan teater muzikal ikonik tersebut. 

Menerusi satu hantaran di Instagram, pihak produksi memaklumkan Mimi Fly akan memegang watak Bayan, iaitu pembantu kepada Puteri Gunung Ledang yang menjadi antara karakter penting dalam pementasan berkenaan.

Advertisement

Dalam masa sama, produksi Puteri Gunung Ledang The Musical turut menjelaskan musim baharu kali ini hadir dengan pendekatan berbeza demi memastikan legasi karya tersebut terus berkembang untuk generasi akan datang.

“Untuk musim baharu Puteri Gunung Ledang The Musical ini, kami mahu menghargai bukan sahaja legasi PGL, tetapi juga masa depannya.

“Buat pertama kali, dua watak Puteri dan dua watak Bayan akan dibawakan dalam dunia ini. Satu keputusan yang dibuat dengan penuh kasih sayang, teliti dan dengan harapan agar watak-watak ikonik ini terus hidup untuk generasi akan datang,” kongsi mereka.

Selain itu, pihak produksi turut memaklumkan seorang lagi pelakon yang bakal membawa watak Bayan akan diumumkan.

Malah ruangan komen turut dihujani dengan ucapan tahniah buat Mimi Fly atas peluang membintangi pementasan berprestij itu.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement