Skip to main content

Hiburan

Cabaran Azhan Rani Jadi Polis Dalam ‘Chelot’ - “Bila Saya Pegang Watak Beruniform Ini…”

Azhan Rani

Sekilas

  • Azhan Rani menghadapi cabaran membawa watak anggota polis dalam filem Chelot dengan menitikberatkan ketelitian dari segi penampilan, pangkat dan pergerakan.
  • Dia berhubung dengan pegawai polis sebenar dan mendapat pemantauan produksi untuk memastikan watak yang dilakonkan nampak real dan tidak melanggar garis panduan.
  • Azhan tidak mengalami kecederaan sepanjang penggambaran dan lebih banyak memberi arahan dalam babak aksi, dengan filem ini dijangka ditayangkan pada 27 Ogos.
Advertisement

Memegang watak sebagai anggota polis dalam filem Chelot memberi cabaran tersendiri buat pelakon Azhan Rani, terutama apabila membawakan karakter beruniform yang memerlukan ketelitian dari segi penampilan, pangkat dan pergerakan.

 

Advertisement

Menurut Azhan, dia perlu lebih berhati-hati ketika menjayakan watak tersebut kerana karakter anggota polis tidak boleh dilakonkan secara sembarangan.

 

“Cabaran itu memang ada, salah satunya bila saya memegang watak beruniform ini, saya perlu berhati-hati. Dia bukan macam karakter-karakter saya yang boleh langgar sahaja semata-mata.

 

“Saya berhubung juga dengan polis sebenar. Kebetulan saya ada kontak di Bukit Aman dan sebagainya. Kami pun menjalani penggambaran di Bukit Aman.

Advertisement

 

“Saya tanya, pertama sekali saya tunjukkan pangkat saya ini… okey, saya ini sebagai apa? Apa yang saya sepatutnya buat? Sebab saya tak nak melanggar garis panduan dia.

 

“Alhamdulillah, produksi pun menyediakan pegawai yang memantau kami dari segi pakaian, kedudukan dan posisi saya. Jadi saya harap saya tak melanggar batas-batas itu supaya watak tersebut nampak lebih real,” katanya.

 

Dalam pada itu, Azhan berkata dia juga tidak berdepan sebarang kecederaan sepanjang terlibat dalam penggambaran filem berkenaan.

 

Malah, pelakon itu menjelaskan penglibatannya dalam babak aksi juga tidak terlalu banyak kerana wataknya lebih banyak memberi arahan.

 

“Tak ada mengalami sebarang kecederaan, Alhamdulillah okey. Semua tak ada apa. Kalau ikutkan saya pun tak banyak hari terlibat dalam cerita ini.

 

“Sebab dalam bab aksi saya tak terlibat. Saya banyak memberi arahan sahaja,” katanya.

 

Chelot merupakan filem arahan Adrian Teh yang bakal ditayangkan pada 27 Ogos ini menampilkan barisan pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Beto Kusyairy, Shaheizy Sam dan ramai lagi. 

Anda mungkin berminat dengan

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

SUOMY EXCLUSIVE CAP PECCO BAGNAIA MOTOGP 2024 - RED

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

adidas Football Liverpool FC 25/26 Away Jersey Men White JV6487

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

(16 Colors) Afro Hair Wig Clown Wig Fancy Dress Hair Wigs Disco Costume Cosplay Hair Halloween Rambut Palsu Meletup小丑假发

Must Watch Video

Advertisement