Skip to main content

Viral

"Cannot Brain Dengan Orang Yang Selfish, Check Balik Circle Korang" - Nabila Razali

nabila

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali, menitipkan pesanan kepada para pengikutnya selepas menzahirkan rasa sedih atas pemergian arwah Mustaqqeem di Gunung Liang baru-baru.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Nabila mengajak orang ramai untuk mengambil pengajaran daripada kisah tersebut, selain mendoakan agar roh arwah dicucuri rahmat.

Advertisement

“Ambil pengajaran dari kisah arwah Mustaqeem, moga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman. Amin,” tulisnya.

Dalam hantaran sama, Nabila turut meluahkan rasa kecewa terhadap sikap sesetengah individu yang disifatkannya mementingkan diri sendiri (selfish) dan tidak memikirkan kesan tindakan mereka terhadap orang lain.

“Tapi seriously cannot brain dengan orang yang selfish pentingkan diri ni. Cepat tolong cek balik circle korang macam mana,” tambahnya.

Sebelum ini, Mustaqqeem dilaporkan hilang ketika melakukan aktiviti pendakian bersama 10 rakan dari Bukit Fraser di Pahang pada 10 Oktober lalu dan dijadualkan turun di Gunung Liang, Isnin lalu.

Bagaimanapun, lelaki itu ditemui meninggal dunia di puncak gunung, jam 3.30 petang Khamis, dengan sedikit kesan pendarahan pada hidung.

Jenazah mangsa dibawa turun dari puncak gunung itu oleh pasukan Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB) pada 2.45 petang Jumaat menggunakan helikopter yang berlepas dari Subang sekitar 8.30 pagi.

Polis mengesahkan punca kematian Mustaqqeem disebabkan akibat hipotermia atau kesejukan melampau.

Must-Watch Video

Advertisement