Skip to main content
Advertisement

Hiburan

Carmelle Puji Suara Aina Abdul, Netizen Harap Jadi 'Bestie' Di Eurovision Asia

Carmelle Puji Suara Aina Abdul, Netizen Harap Jadi 'Bestie' Di Eurovision Asia

Sekilas

  • Penyanyi Filipina, Carmelle, memuji suara Aina Abdul selepas mendengar lagu Bluest Sky yang bakal dipersembahkan di Eurovision Asia.
  • Pujian Carmelle mendapat sambutan hangat daripada peminat Malaysia yang berharap kedua-dua penyanyi akan menjadi sahabat baik dan mungkin berkolaborasi.
  • Aina akan berentap di Eurovision Asia pada 14 November di Bangkok, mewakili Malaysia bersama negara lain seperti Thailand, Korea Selatan, dan Filipina.
Advertisement

Penyanyi dan peserta Eurovision Asia dari Filipina, Carmelle mencuri perhatian netizen selepas memberikan reaksi positif terhadap suara penyanyi Malaysia, Aina Abdul.

Menerusi potongan video yang dikongsikan di Threads, Carmelle dilihat memuji suara Aina Abdul ketika mendengar lagu Bluest Sky.

Advertisement

“I love the vocal, I love it,” kata Carmelle.

Pujian tersebut disambut baik oleh peminat Malaysia malah mengharapkan kedua-dua penyanyi ini akan menjadi sahabat baik sewaktu pertandingan itu nanti.

“Nanti mesti jadi bestie pas Eurovision hehehe.

Advertisement

“I don't know, I just have a feeling they'll be really good friends during and after the competition.

A collab perhaps! Good luck to both of them tapi definitely nak Malaysia la menang kan. Haha 💙

“Very healthy competition!

“Healthy competition... wish all the best all.

“Loveeeeee," komen netizen.

Terdahulu, Aina melancarkan lagu baharunya berjudul Bluest Sky yang bakal dipersembahkan di pentas Eurovision Asia.

Lagu berkenaan bukan sahaja mendapat perhatian peminat di Malaysia, malah turut menerima reaksi positif daripada pendengar muzik antarabangsa.

Lebih menarik, ada peminat yang mula menyuarakan keyakinan terhadap kemampuan Aina untuk memberikan persembahan yang kuat menerusi lagu tersebut, sekali gus meletakkan harapan tinggi terhadap penampilannya di pertandingan berkenaan.

Aina dijadualkan berentap di pentas Eurovision Asia pada 14 November ini di Bangkok, Thailand, dalam usaha mengharumkan nama Malaysia di persada muzik antarabangsa.

Antara negara yang bakal memberikan saingan kepada Malaysia termasuk Thailand, Korea Selatan, Filipina, Vietnam, Kemboja dan Bhutan.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement