Sekilas
- Insanul Fahmi mengaku sudah berkahwin dengan Inara Rusli sejak Ogos lalu dan menipu Inara dengan mengatakan dirinya duda.
- Inara kini hidup berpoligami dengan isteri pertama Insanul, Wardatina Mawa, dan pernah minta cerai tetapi ditolak.
- Insanul menjelaskan rakaman CCTV yang tular adalah bukti mereka suami isteri, bukan melakukan zina seperti didakwa.
Kisah bekas isteri penyanyi Virgoun, Inara Rusli dengan rakan perniagaannya, Insanul Fahmi menjadi semakin hangat.
Jika sebelum ini isteri Insanul mendedahkan suaminya mempunyai hubungan sulit dengan Inara dan membuat laporan polis atas dugaan perselingkuhan serta zina, kini babak baru kisah mereka terbongkar.
Menerusi satu temubual di podcast Richard Lee, Insanul mengaku sudah menikah dengan Inara sejak Ogos lalu. Dia juga mengaku menipu wanita itu dengan mengatakan dirinya duda.
Ironi, Irana kini hidup berpoligami dengan isteri pertama Insanul, Wardatina Mawa.
Setelah tahu dirinya berpoligami, Inara sempat meminta cerai namun lelaki berusia 26 tahun tersebut enggan melepaskan wanita itu.
“Waktu itu dia (Inara bilang) 'Sudah saya tidak mahu teruskan (nikah poligami)'. Tapi saya pujuk dan yakinkan dia, jadi dia setuju. Mawa juga pernah izinkan saya poligami,” dakwa Insanul seperti dilaporkan InsertLive.
Pengakuan mengejutkan itu dilakukan Insanul untuk mematikan dakwaan dia dan Inara melakukan zina seperti yang dilihat dalam CCTV oleh isterinya, Mawa dan Virgoun.
Rakaman CCTV itu antaranya mengandungi adegan persetubuhan Insanul dan Inara di tingkat tiga kediaman wanita tersebut.
“ Itu CCTV di rumah Inara. Makanya kita bingung juga, siapa yang sebarkan. Kami bukan takut masalah kami berbuat hal yang berdosa, kami suami istri. CCTV itu video tanggal 8 Ogos, setelah menikah," kata Insanul lagi.
Setakat ini, Inara belum memberi kenyataan rasmi mengenai kemelut yang melanda dirinya.