Skip to main content

Hiburan

CCTV S*ks Tersebar, Pihak Inara Rusli Nafi Rakaman ‘Aksi’ Berdurasi Hingga 2 Jam - “Dua Minit Bukan Dua Jam…”

feefrer

Sekilas

  • Inara Rusli membuat laporan polis mengenai dakwaan akses tanpa kebenaran terhadap rakaman CCTV rumahnya yang kini dalam siasatan oleh Bareskrim Polri.
  • Peguam Inara, Deddy DJ, menafikan rakaman CCTV berdurasi dua jam dan menjelaskan rakaman sebenar hanya dua minit serta diambil secara tidak sah oleh orang terdekat.
  • Kisah perkahwinan siri Inara dengan Insanul Fahmi terbongkar selepas pengurus Inara mendedahkan perkara itu, manakala Wardatina Mawa mendakwa mempunyai bukti rakaman CCTV hubungan terlarang mereka.

Kisah membabitkan bekas isteri penyanyi Indonesia Virgoun, Inara Rusli dan rakan perniagaannya, Insanul Fahmi terus menjadi perhatian.

Menurut laporan media Indonesia, aduan Inara Rusli berhubung dakwaan akses tidak sah terhadap rakaman CCTV rumahnya kini masih diproses oleh Bareskrim Polri(Badan Eksekutif Pusat Kepolisian Negara Republik Indonesia).

Individu yang disyaki melakukan perbuatan tersebut dipercayai merupakan orang terdekat yang bekerja di rumah Inara.

Rakaman CCTV berkenaan menjadi tumpuan selepas ia dijadikan bahan bukti oleh Wardatina Mawa, isteri kepada Insanul Fahmi.

Difahamkan, rakaman CCTV itu didakwa berdurasi sehingga dua jam, namun perkara tersebut dinafikan oleh peguam Inara Rusli, Deddy DJ.

“Dua minit, bukan dua jam. Rakaman CCTV itu diambil oleh orang terdekat Inara dengan cara menceroboh sistem dan ia bukan rakaman asal.

“Perbuatan itu pasti dikenakan pertuduhan kerana rakaman tersebut seolah-olah dianggap autentik. Itulah yang dilaporkan oleh Inara. Keterangan saksi sudah mencukupi, kini terpulang kepada penyiasat untuk menentukan langkah seterusnya,” katanya kepada media pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Deddy berkata perbuatan mengakses dan memindahkan sistem CCTV tanpa kebenaran turut boleh diklasifikasikan sebagai kesalahan mencuri.

“Itu juga termasuk di bawah kesalahan mencuri. Sistem CCTV itu dipindahkan, jadi ia boleh dikenakan pertuduhan mencuri seperti yang dimaklumkan oleh penyiasat,” jelasnya.

Bagaimanapun, Deddy enggan mendedahkan identiti individu yang menyebarkan rakaman CCTV dari rumah Inara sehingga kandungannya diketahui oleh Wardatina Mawa dan Virgoun. 

Dalam perkembangan sama, Deddy turut mendedahkan fakta lain berkaitan kehidupan peribadi Inara Rusli apabila mendakwa Inara pernah merahsiakan pernikahan sirinya dengan Insanul Fahmi, yang hanya diketahui oleh pengurusnya dengan nama bermula huruf P.

“Inara sangat mempercayai pengurusnya. Inara sudah memaklumkan kepada P bahawa dia telah bernikah secara siri dengan Insanul.

“Namun, individu yang mendedahkan perkara itu di media sosial adalah P sendiri, yang kini menjadi pengurus kepada Mawa,” katanya.

Sementara itu, berhubung laporan yang dibuat oleh Wardatina Mawa, Deddy berkata pihaknya masih menghormati proses undang-undang dan menunggu perkembangan lanjut.

“Semua pihak sudah dipanggil dan diperiksa, termasuk Insanul dan Inara, dalam konteks kes jenayah berkaitan dakwaan perzinaan,” ujarnya.

Terdahulu, kisah hubungan Inara dengan Insanul menjadi kontroversi selepas isteri pertama, Wardatina Mawa mendedahkannya kepada umum dengan mendakwa mereka menjalin hubungan terlarang.

Wardatina turut mendakwa memiliki rakaman CCTV yang memaparkan kedua-duanya dalam keadaan tidak elok di rumah Inara.

Insanul kemudiannya tampil menjelaskan bahawa dia telah bernikah dengan Inara pada Ogos lalu dan berharap rumah tangga poligami yang dibinanya dapat terus dipertahankan.

Must-Watch Video

Advertisement