Skip to main content

Hiburan

Chacha Maembong Enggan Komen Perpisahan Emma & DJ Kid, Akan Sentiasa Berada Di Sisi Kakak - “Dia Wanita Yang Kuat”

Chacha Maembong

Sekilas

  • Chacha Maembong memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan kakaknya, Emma Maembong dengan DJ Kid dan memberi sokongan moral sepenuhnya kepada Emma.
  • Chacha berharap orang ramai tidak membuat spekulasi atau memberi tekanan kepada Emma yang kini sedang melalui proses penyembuhan dan sibuk dengan komitmen kerja.
  • Emma dilihat tabah dan bahagia walaupun menghadapi situasi peribadi yang sukar, manakala DJ Kid sebelum ini mengumumkan hubungan mereka sudah berakhir secara rasmi.

Pelakon, Chacha Maembong memilih untuk tidak mengulas lanjut mengenai perpisahan kakaknya, Emma Maembong bersama kekasih, DJ Kid.

Menurut Chacha atau nama sebenarnya Siti Aishah Ismail, dia bukanlah individu yang tepat untuk memberikan pandangan namun dalam masa yang akan terus memberi sokongan moral terhadap Emma.

“Saya tidak berani bercakap bagi pihak kakak saya kerana pada akhirnya, bukan saya yang melalui kehidupan hariannya. Jadi, saya tidak tahu situasi sebenar yang dilaluinya.

“Namun, apa yang saya tahu, apa sahaja keputusan yang dibuat, sama ada mereka sudah berpisah atau sebaliknya, saya tetap akan sentiasa berada di sisinya.

“Dia tetap kakak saya dan saya akan terus menyokongnya sampai bila-bila. Cuma saya berharap orang di luar sana dapat mendoakan yang terbaik buatnya kerana dia sudah melalui banyak perkara.

“Saya rasa sekarang adalah masa untuk dia melalui proses penyembuhan diri dengan tenang,” katanya kepada Gempak.

Chacha berkongsi perkara tersebut ketika ditemui di Rumah Terbuka Aidilfitri iQIYI 2026 bertempat di Andaman Grand Hall, Kuala Lumpu pada Selasa.

Dalam masa yang sama, pelakon filem Anak Perjanjian Syaitan ini berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi dengan terus memberikan tekanan kepada kakaknya.

“Jika boleh, saya tidak mahu orang luar terus memberi tekanan dengan gosip-gosip seperti ini. Kedua-dua pihak sudah memandang ke hadapan.

“Kakak saya juga sedang melalui kehidupan yang lebih bahagia ketika ini. Jadi, biarlah keadaan itu kekal seperti sekarang,” katanya lagi.

Ditanya mengenai keadaan Emma, Chacha berkata kakaknya berada dalam keadaan yang baik dan sedang sibuk dengan komitmen kerja.

Malah, dia memuji kakaknya yang dilihat tabah dan tidak mudah menunjukkan kesedihan kepada umum.

“Keadaan Emma baik sahaja. Dia masih sibuk dengan penggambaran. Kami pun jarang berjumpa hampir setiap hari kerana masing-masing sibuk penggambaran.

“Tetapi setiap kali berjumpa, dia berada dalam keadaan baik. Dia seorang wanita yang sangat kuat, malah antara individu paling kuat yang pernah saya kenal.

“Jika ditanya keadaannya, dia seperti biasa dan tidak akan menunjukkan kesedihan di hadapan orang lain. Saya dapat lihat dia benar-benar sedang bahagia sekarang,” katanya.

Terdahulu, DJ Kidd mengejutkan ramai apabila mengumumkan hubungan mereka sudah berakhir.

Sebelum itu, lelaki berkenaan turut mencetuskan spekulasi apabila dipercayai telah berkahwin dengan Emma selepas menggunakan perkataan ‘isteri’ dalam satu hantaran di media sosial.

Emma atau nama sebenar, Fatimah Rohani Ismail kemudiannya mengakui terkilan apabila hal kehidupan peribadi dikongsi secara umum, namun, memilih untuk reda dengan situasi itu.

Anda mungkin berminat dengan

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

TNW S30 Selfie Stick Tripod 3 in 1 Quadrapod Wireless Selfie Stick Bluetooth Remote 360° Phone Tripod Stand with Light

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

XJ Mini Magnetic GPS Tracker

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

[BARU RESTOCK] Dr Cardin Drift Ballet Ladies Comfort Sneaker / MaryJanes L-RQA-3826 Kasut Bella Astillah *READY STOCK

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

Must-Watch Video

Advertisement