Skip to main content

Hiburan

Charlie Puth Timang Anak Pertama, Pilih Nama Inspirasi Dari Lagu The Beatles

Astro Gempak 308

Sekilas

  • Penyanyi antarabangsa Charlie Puth mengumumkan kelahiran anak lelaki pertamanya yang diberi nama Hey Jude, dilahirkan pada 13 Mac lalu.
  • Charlie berkongsi beberapa foto bayi tersebut di Instagram dan video di TikTok memaparkan dia bermain piano sambil mendukung anaknya.
  • Nama bayi itu diinspirasikan daripada lagu ikonik The Beatles, "Hey Jude," dan berita kehamilan isteri, Brooke Sansone, mula diketahui melalui video muzik lagu Changes tahun lalu.
Advertisement

Penyanyi antarabangsa, Charlie Puth berkongsi berita gembira apabila selamat menimang cahaya mata pertama.

Menerusi perkongsian di Instagram, penyanyi berusia 34 tahun itu memuat naik beberapa foto bayi lelaki miliknya untuk tatapan umum.

Advertisement

“Hey Jude 3.13.26,” tulisnya ringkas di kapsyen.

Difahamkan, bayi tersebut dilahirkan pada 13 Mac lalu, namun Puth hanya mengumumkan berita berkenaan kepada umum semalam. 

Bukan itu sahaja, Charlie turut memuat naik video di TikTok memaparkan dirinya bermain piano menyanyikan lagu sambil mendukung anaknya.

Advertisement

Dalam video tersebut, dia memainkan lagu ikonik Hey Jude nyanyian kumpulan legenda The Beatles sebagai inspirasi nama yang diberikan kepada bayi itu.

Terdahulu, khabar kehamilan isterinya, Brooke Sansone mula dikongsikan menerusi video muzik lagu Changes yang dilancarkan tahun lalu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football Manchester United 24/25 Third Jersey Men White IY7806

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

adidas Football WORLD CUP OFFICIAL EMBLEM CAP Unisex Black KE7368

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

POP MART Residents of Bikini Bottom-Whimsical Plush Part2 Blind Box (Whole Set)

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB585

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

Kikilala Baby Boy Suit Sets World Cup BSB584

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Must Watch Video

Advertisement