Skip to main content

Hiburan

Che Puan Sarimah Habiskan Masa Berminggu ‘Research’ Tetamu Tumpah Teh With Sarimah - “Kalah Chat GPT! Saya Tengok Semua Video, Baca Artikel…”

jh

Sekilas

  • Che Puan Sarimah Ibrahim sentiasa buat research mendalam sebelum temubual, termasuk tonton video, baca artikel, dan tanya orang rapat tetamu.
  • Untuk temubual bersama Nigel Sparks, Sarimah habiskan masa berjam-jam setiap hari selama tiga minggu untuk buat persiapan.
  • Episod penuh Tumpah Teh With Sarimah disiarkan setiap Khamis, jam 8 malam di semua platform Gempak.

Pengacara dan pelakon, Che Puan Sarimah Ibrahim berkongsi rutin yang sering dilakukan setiap kali mengendalikan program bual bicara. 

Sarimah, 47, berkata dia sentiasa melakukan kerja penyelidikan atau ‘research’ yang teliti sebelum menemubual tetamunya. 

“Sebelum saya jadi host, saya akan research sangat mendalam. Memang kalah Cik GPT. Bila tahu akan interview seseorang, berminggu-minggu saya tengok semua video, baca semua artikel, tanya kawan-kawan lama dia, malah hubungi keluarga. Kita kena tahu segalanya,” jelasnya.

Mengulas mengenai klip temu bualnya bersama, Nigel Sparks, yang tular, Che Puan Sarimah Ibrahim mendedahkan bahawa dia sanggup menghabiskan masa berjam-jam setiap hari semata-mata untuk menyelidik usahawan tersebut.

“Bila saya tahu akan mewawancara Nigel, tiga minggu sebelum itu, saya sudah melakukannya setiap hari, setiap malam, hinggalah masuk ke gimnasium. 

“Saya tonton setiap video YouTube dia, saya tonton setiap temu bual dia, saya baca setiap artikel dia, saya bertanya dengan kawan-kawan lama dia, malah saya hubungi keluarga dia, begitulah,” katanya.

Sebelum ini, Sarimah mencuri perhatian selepas sesi temu bualnya bersama usahawan dan personaliti media sosial, Nigel Sparks dalam program Tumpah Teh With Sarimah tular.

Ramai netizen tersentuh apabila Sarimah mengajukan soalan mengenai siapa yang akan ‘payung’ Nigel, sehingga membuatkan lelaki itu kelihatan sebak.

Episod penuh Tumpah Teh With Sarimah bersiaran setiap Khamis, jam 8 malam di semua platform Gempak.

 

Must-Watch Video

Advertisement