Skip to main content

Selebriti

Che Puan Sarimah Pesan Jangan Terlalu Paksa Diri Sendiri - “Burn Out Sebagai Pekerja, Ibu Bapa, Penjaga Bukannya Boleh…”

Che Puan Sarimah Pesan Jangan Terlalu Paksa Diri Sendiri - “Burn Out Sebagai Pekerja, Ibu Bapa, Penjaga Bukannya Boleh…”

Sekilas

  • Che Puan Sarimah menasihatkan supaya tidak terlalu keras pada diri sendiri ketika menghadapi fasa sukar dalam hidup kerana proses pemulihan memerlukan masa yang berbeza bagi setiap individu.
  • Beliau menjelaskan bahawa keletihan akibat kerja, tanggungjawab sebagai ibu bapa atau penjaga tidak boleh pulih dalam masa singkat dan kadang-kadang mengambil masa bertahun-tahun untuk bangkit semula.
  • Sarimah juga mengingatkan supaya tidak membandingkan perjalanan diri dengan orang lain kerana setiap orang mempunyai timeline dan cara pemulihan yang unik.
Advertisement

Pelakon, Che Puan Sarimah memberikan pesanan kepada umum agar tidak terlalu keras terhadap diri sendiri ketika berdepan fasa sukar dalam kehidupan.

Menurut Sarimah, proses untuk kembali bangkit bukan sesuatu yang boleh berlaku dalam tempoh singkat kerana setiap individu mempunyai perjalanan yang berbeza.

Advertisement

Kata Sarimah, keletihan akibat tuntutan kerja, tanggungjawab sebagai ibu bapa mahupun penjaga juga memerlukan masa untuk dipulihkan, terutama apabila seseorang berdepan perubahan besar dalam kehidupan.

“Burnout sebagai pekerja, sebagai ibu bapa, sebagai caretaker, bukannya something yang boleh pulih dalam sehari dua.

“Ada orang yang ambil masa satu hingga tiga tahun. Kehilangan pekerjaan pun satu jenis kehilangan. Boleh jadi bertahun-tahun untuk bangkit semula.

Advertisement

“Perubahan besar dalam hidup Kadang-kadang tiga hingga lima tahun baru kita betul-betul dapat sesuaikan diri.

“Jadi, jangan nak paksa diri untuk pulih dalam satu hujung minggu. Kita ni manusia. Bukan mesin yang boleh tekan butang reset, terus ok. Healing takes time,” coretnya.

Dalam satu hantaran lain, Sarimah juga mengingatkan bahawa setiap individu tidak seharusnya membandingkan perjalanan diri dengan orang lain.

“Dan tak semua orang ada timeline yang sama. Jangan terlalu keras dengan diri sendiri. Kita semua sedang belajar untuk bangkit, dengan cara dan masa masing-masing,” tulisnya.

Anda mungkin berminat dengan

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Grace and Glow Daisy Hair Vitamin Mist - Hair Perfume Serum Volumizing Spray Anti Rambut Kusut with Keratin

Must Watch Video

Advertisement