Skip to main content

Hiburan

Chef Wan Simpan Kasut Arwah Ibu, Jadi Pengubat Rindu - “Saya Cium Seolah-Olah…”

Chef Wan

Sekilas

  • Datuk Chef Wan berkongsi kisah sebak tentang kasut peninggalan arwah ibunya yang menjadi pengubat rindu dan mempunyai nilai sentimental tinggi.
  • Selain kasut, Chef Wan juga menyimpan sikat, tudung, dan kain batik milik arwah ibunya sebagai kenangan dan sentiasa menjaga kuburnya setiap minggu.
  • Chef Wan menasihati orang ramai supaya menghargai dan menjaga ibu bapa dengan baik agar tidak menyesal apabila mereka tiada lagi.
Advertisement

Cef selebriti terkenal, Datuk Chef Wan mengundang rasa sebak ramai apabila berkongsi mengenai sepasang kasut peninggalan arwah ibunya, Noraini Abdullah.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan semula seorang pengguna di Threads, pemilik nama Redzuan Ismail itu memaklumkan bahawa kasut tersebut menjadi pengubat rindu dikala dirinya teringat akan arwah ibunya.

Advertisement

Ujar Chef Wan, kasut itu mempunyai ‘sentimental value’ kerana diberikan kepada arwah ibunya seminggu sebelum dia menghadap Ilahi.

“Masa tengah-tengah kemas kasut, terjumpa kasut mak yang saya belikan sebelum mak meninggal dunia.

“Saya tak buang kasut tu dan masih simpan. Kasut tu comel sebab kaki mak kecil.
Sekali-sekala, saya cium kasut tu seolah-olah saya mencium kaki mak,” kongsinya.

Bukan itu sahaja, Chef Wan yang tidak dapat mengawal rasa sebak memaklumkan bahawa dia turut menyimpan sikat yang sering digunakan arwah ibunya itu.

“Saya simpan sikat dia, rambut-rambut dia masih ada. Tudung dan kain batik pun masih ada.

“Setiap minggu saya pergi kubur ibu, jaga dengan baik,”kongsinya lagi.

Di akhir perkongsian, Chef Wan turut menitipkan nasihat kepada orang ramai agar menghargai dan menjaga ibu bapa sebaik mungkin supaya tidak timbul penyesalan apabila mereka sudah tiada.

Sekadar info, ibu kepada Chef Wan iaitu Noraini Abdullah menghembuskan nafas terakhir di usia 93 tahun di Hospital Gleneagles, Jalan Ampang pada 12 Januari 2023.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement