Skip to main content

Hiburan

Ciapan Threads Akim Ahmad Pada Malam AJL40 Tak Ditujukan Kepada Sesiapa - “Ia Generik & Peringatan Untuk Diri Saya Juga”

Ciapan Threads Akim Ahmad Pada Malam AJL40 Tak Ditujukan Kepada Sesiapa - “Ia Generik & Peringatan Untuk Diri Saya Juga”

Sekilas

  • Akim Ahmad menjelaskan ciapan Threads yang dibuatnya pada malam AJL40 tidak ada kaitan dengan acara atau peserta yang bertanding.
  • Ciapan tersebut adalah peringatan untuk dirinya sendiri tentang pentingnya bunyi dan rasa 'goosebumps' dalam nyanyian yang tidak boleh dipalsukan.
  • Akim turut berkongsi bahawa nasihat mengenai bunyi ini sering diterimanya, termasuk dari pengarah muzik terkenal Datuk Ramli MS.
Advertisement

Penyanyi Akim Ahmad tampil memberi penjelasan mengenai ciapan Threads yang dibuatnya sehingga ia menimbulkan persoalan dalam kalangan segelintir netizen.

Menurut Akim atau nama sebenarnya Afiq Hakim Ahmad, ciapan yang dibuat pada malam Anugerah Juara Lagu ke-40 (AJL40) yang berlangsung pada Sabtu itu sama sekali tidak mempunyai kaitan dengan program berkenaan mahupun mana-mana peserta yang bertanding.

Advertisement

“Tak ada (bukan ditujukan kepada acara AJL40). Saya sudah tengok keseluruhan, nak kata saya tak tengok, saya tengok. Cuma saya rumuskan bunyi tak menipu.

“Jadi lagu yang bagus, lagu yang sedap adalah lagu yang sedap. Lagu yang berkualiti adalah lagu yang berkualiti. Penyanyi yang baik adalah penyanyi yang baik.

“Itu benda yang generik dan tak ada menujukan kepada seseorang, tak tuju ke mana-mana yang hidup mahupun yang tak ada,” katanya kepada Gempak.

Akim berkongsi perkara tersebut ketika ditemui usai konsert minggu akhir program Big Stage X Rocketfuel yang berlangsung di Auditorium MBSA, Shah Alam pada malam Ahad.

Tanbah pelantun lagu Saksama itu, perkongsian tersebut juga tidak mempunyai sebarang maksud tersirat seperti yang didakwa sesetengah peminat sebaliknya, hanyalah satu peringatan buat dirinya sendiri.

“Semua itu saya macam mengingatkan diri saya juga. Sebenarnya ia lebih kepada apabila kita bercakap pasal bunyi ini, sebab saya buat rakaman, apabila proses rakaman itu kadang-kadang bila menyanyi, saya suka cari ‘goosebumps’ atau rasa meremang dalam nyanyian.

“Jadi antara sebab kenapa saya rasa bunyi itu tak boleh menipu apabila kita menyanyi dan kita sendiri rasa ‘goosebumps’ ataupun meremang itu, kita mesti akan ‘pass vibe’ tersebut.

“Itulah antara sebab kenapa saya rasa bunyi memang tak boleh menipu. Bunyi itulah yang akan memahalkan seorang penyanyi itu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Akim menjelaskan bahawa perkongsian itu juga merupakan satu nasihat yang sering diterimanya sepanjang bergelar penyanyi.

Malah, nasihat itu juga pernah disampaikan oleh pengarah muzik terkenal, Datuk Ramli MS.

“Maksudnya macam bila kita menyanyikan, sebab saya penyanyi, jadi benda ini sebenarnya selalu ditegur, selalu diberi nasihat.

“Jadi ia macam satu perkara yang perlu diingatc dan juga apa yang saya perlu buat apabila keluarkan lagu, pergi ke sesi rakaman dan sebagainya. Itu memang selalu saya titikberatkan.

“Bunyi ini sangat-sangat benda yang ghaib, kita tak nampak. Jadi kita perlu perhalusi apabila buat sesi rakaman ataupun apa-apa yang berkaitan dengan nyanyian. Jadi itu antara kenapa saya tulis perkara itu,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement