Skip to main content

Hiburan

Cik B Dedah Doa DSV Setiap Kali Tergores Hati - “Paling Deep Bagi…”

Astrogempak CIK B

Sekilas

  • Cik B berkongsi doa menyentuh hati yang sering dibacakan oleh ibunya, Datuk Seri Vida, terutama ketika berlaku perselisihan faham antara mereka.
  • Doa tersebut memohon keampunan dan kekuatan untuk Cik B, serta agar doa anaknya dimakbulkan walaupun ibunya terasa hati.
  • Perkongsian ini mendapat perhatian netizen yang menghargai kasih sayang ibu dan mendoakan hubungan mereka terus erat serta doa ibu dimakbulkan.

Personaliti media sosial, Cik B berkongsi momen yang paling menyentuh hatinya mengenai kasih sayang seorang ibu apabila mendedahkan doa yang sering dibacakan oleh ibunya, Datuk Seri Vida, setiap kali berlaku perselisihan faham antara mereka.

Menerusi satu hantaran di media sosial, Cik B membalas perkongsian seorang netizen yang berkongsi mengenai doa Datuk Seri Vida buat anak-anaknya.

“Terdengar doa Datuk Seri Vida... Ya Allah kayakan anakku tanpa sebab. Jadikan anak-anakku jutawan tanpa sebab. Jom doa yang sama,” tulis individu tersebut.

Membalas hantaran tersebut, bintang Talk To My Manager musim kedua itu berkata, perkara yang paling memberi kesan kepadanya bukanlah doa mengenai kekayaan, sebaliknya doa yang dipanjatkan ibunya setiap kali dia melakukan kesilapan atau menyebabkan hati Datuk Seri Vida terguris.

“Paling deep bagi Cik B, setiap kali Cik B terbuat mama terasa atau marah mama akan cakap...

‘Ya Allah, ampunkanlah dosa anak aku. Andai aku terasa, hebatkanlah anak aku. Makbulkanlah doa dia setiap kali air mataku jatuh. Hebatkanlah anak aku,’” kongsi Cik B.

Perkongsian itu menyentuh hati ramai netizen yang menyifatkan doa seorang ibu sebagai hadiah paling bernilai buat seorang anak.

Rata-rata mereka turut mendoakan agar hubungan Cik B dan Datuk Seri Vida sentiasa dipelihara serta berharap setiap doa baik yang dipanjatkan oleh seorang ibu akan dimakbulkan Allah SWT.

Anda mungkin berminat dengan

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Must Watch Video

Advertisement