Kecoh di laman sosial mengenai luahan pempengaruh Cik Bunga yang mendedahkan mengenai masalah rumah tangganya dengan Hammad Zamakhshari atau Bengah.
Advertisement
Menerusi perkongsian di Instastory, Cik Bunga mendedahkan perbualan mesej Bengah dengan beberapa wanita lain termasuk bekas kekasih.
Cik Bunga turut mendakwa suaminya itu juga ada bercerita buruk mengenai dirinya pada wanita lain.
“Cuba-cuba nak kutuk aku dekat perempuan lain. Kau ingat hati aku tak pernah hancur? Macam ini ke suami? suami yang suka kutuk bini sendiri dari dulu lagi?
“Dengan ex girlfriend pun masih cuba mesej lagi. Aku tak tahu kat sudut mana kau letak aku dalam hati kau?
“Apa yang tak pernah kau buat pada aku? Kau suka kan benda ini jadi? Kau yang jahat mulut burukkan aku itu ini dalam live! Hidup aku musnah! Rumah tangga aku hancur! Apa lagi kau nak pertahankan?” kongsinya.

Malah luahan Cik Bunga itu juga sudah mula tular di laman sosial sehingga ramai netizen mula bertindak berhenti mengikuti Bengah.