Skip to main content

Viral

Cik Epal Shopping Baju Dulang Boy Harga RM59

Cik_epal

Spekulasi mengenai hubungan pempengaruh terkenal, Cik Epal, dengan seorang lelaki dikenali sebagai Ammar terus menjadi bualan hangat.

Malah, timbul pula desas-desus bahawa pasangan ini bakal melangkah ke fasa baharu tidak lama lagi selepas dikatakan sudah mula membuat persiapan untuk meraikan hari bahagia mereka.

Advertisement

Terbaharu, tular sebuah rakaman video memaparkan Cik Epal sedang meninjau pilihan baju Melayu untuk pembawa dulang hantaran lelaki. 

Ketika itu, dia turut ditegur oleh Pengurus Pemasaran Jakel, Muzaffar Jakel.

“Betul ke ni? Astaghfirullahalazim. Berapa dulang ‘boy’? Tujuh?” soal Muzaffar dengan nada terkejut.

Pertanyaan itu diakui sendiri oleh Cik Epal yang menjawab ringkas:

“Hanya nak buat untuk dulang ‘boy’.”

Dalam kesempatan itu, Muzaffar turut memberitahu tentang promosi jualan jumbo yang sedang berlangsung dengan harga RM59.

“Memang berbaloi sangat kalau nak beli untuk dulang ‘boy’ ni,” kata Cik Epal sambil bersetuju.

 

@jhogett Ingatkan Fattah Amin je buat suprise, Cik Epal pun ada suprise! Cik Epal dah nak kahwin!!!! #cikepal #isupanas #malaysia #viral ♬ original sound - jhoget

 

 

Must-Watch Video

Advertisement