Skip to main content

Hiburan

“Cinta Pertama Saya, Mat Yo” - Ernie Zakri Diselubungi Kesedihan, Kucing Kesayangan Mati

Ernie Zakri

Sekilas

  • Penyanyi Ernie Zakri berkongsi kesedihan kehilangan kucing kesayangannya, Mat Yo, yang telah bersama keluarganya selama 13 tahun.
  • Ernie menggambarkan Mat Yo sebagai cinta pertama dan sebahagian daripada keluarganya yang sangat memberi kesan mendalam.
  • Bapanya juga terkesan dengan kehilangan tiga ekor kucing sekaligus, yang selama ini dijaga dengan penuh kasih sayang dan rutin selama bertahun-tahun.
Advertisement

Penyanyi Ernie Zakri meluahkan rasa sedih apabila kehilangan kucing kesayangannya yang diberi nama Mat Yo yang mati pada Isnin.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Ernie menyifatkan Mat Yo sebagai cinta pertamanya dan mengakui kehilangan haiwan kesayangan itu memberi kesan yang mendalam terhadap dirinya. 

 

“Begitu banyak kesedihan hari ni (Isnin)… kucing saya pun dah mati pagi tadi. Cinta pertama saya, mat yo… kucing kakak saya Loki pun mati pagi tadi.

Advertisement

 

“Selama 13 tahun hidup bersama. Dari saya takut kucing sangat sampailah kucing menjadi haiwan kesayangan saya. Mat do dah tinggalkan saya tahun lalu. 

 

“Tahun ni Matyo pula… cinta hati pertama saya... tiada yang lain. Lepas kahwin mama papa yang jaga. Kakak tahu kakak jarang main dengan yo… tapi yo adik kakak selamanya,” kongsinya. 

 

Menurut Ernie, kehilangan haiwan kesayangan itu dirasai seperti kehilangan insan yang disayangi, apatah lagi Mat Yo sudah menjadi sebahagian daripada keluarganya selama 13 tahun.

 

“Kehilangan kucing memang seolah-olah seperti kehilangan manusia yang kita sayang juga… Im still processing… yang follow saya dari dulu, sangat kenal dengan matyo.

 

“Saya harap dia bahagia sepanjang dengan kami sekeluarga… The best cat ever… so soft, gentle, cute tapi rupanya sangat garang dan protective… that’s my Leo. Kakak sayangLeo ok,” ujarnya. 

 

Dalam pada itu, Ernie turut berkongsi status bapanya di WhatsApp yang jarang meluahkan perasaan, namun kali ini jelas terkesan dengan kehilangan tiga ekor kucing kesayangan mereka.

 

“Status bapa saya di WhatsApp… orangnya jarang meluahkan tapi kehilangan kali ni agak sukar… bff papa semua dah tak ada. Tiga-tiga hilang sekaligus. 

 

“Papa cakap papa happy, rutin dia jaga anak-anak bulu ni… moga Allah bagi pahala terluas buat papa, jaga kucing macam jaga anak.

 

“Mandikan, potong kuku, tiap minggu buat rutin sama selama 13 tahun,” kongsi Ernie lagi.   

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement