Skip to main content

Hiburan

Cuba Pertahan Bakal Tunang Status Anak Nikah Fasid, Lelaki Buntu Hubungan Tak Direstui Keluarga - "Mereka Ugut Untuk Buang Saya Kalau..."

Akad Yang Hilang

Seorang lelaki mengakui dirinya kini berada dalam dilema besar selepas keluarganya mendesak agar dia mengakhiri hubungan dengan wanita yang dicintainya selepas wujud dakwaan bahawa kekasihnya itu merupakan “anak tidak sah taraf”.

Lelaki yang hanya mahu dikenali sebagai Ammar berkata, sebagai seorang anak lelaki, dia berada dalam keadaan serba salah apabila terpaksa memilih antara mempertahankan wanita yang disayangi atau memenuhi kehendak keluarga.

“Saya sayangkan dia. Sepanjang perkenalan kami, dia seorang yang sangat baik dan jujur. Kami tidak pernah ada sebarang masalah dalam hubungan.

“Saya tahu tentang status dia, tapi bagi saya itu bukan kesalahan dia. Itu kesalahan orang tuanya, bukan dia. Saya terima dia seadanya," katanya.

Namun begitu, penerimaannya tidak sehaluan dengan keluarganya.

Ammar berkata, dia sudah berkali-kali cuba berbincang dan menjelaskan pendiriannya kepada ibu bapa serta ahli keluarga namun usahanya menemui jalan buntu apabila mereka tetap berkeras meminta hubungan itu ditamatkan.

Lebih menyedihkan, Ammar mendedahkan keluarganya turut mengugut untuk tidak lagi menganggapnya sebagai sebahagian daripada keluarga sekiranya dia terus mempertahankan keputusannya.

“Mereka sanggup kehilangan seorang anak daripada menanggung malu memiliki bakal menantu dengan status seperti itu. Kadang-kadang saya cuba diam saja, harap semuanya reda. Tapi ibu bapa ugut tak mahu anggap saya sebagai anak kalau saya masih berkeras.

“Saya memang sangat sayangkan dia, tapi saya tak tahu perlu pilih yang mana. Saya tak mahu jadi anak derhaka, tapi seperti yang saya cakap, dia tak bersalah langsung,” tambahnya.

Must-Watch Video

Advertisement