Sekilas
- Seorang wargamaya di Threads berkongsi pengalaman lafaz talak tiga melalui mesej kepada isteri kerana tiada respons, yang menarik perhatian netizen termasuk pelakon Shakilla Khoriri.
- Individu tersebut meluahkan rasa kesal apabila rumah tangga yang dibina bertahun-tahun boleh runtuh hanya dengan satu ayat yang ditaip dalam beberapa saat.
- Shakilla Khoriri mengkritik tindakan lelaki itu yang mendedahkan masalah rumah tangga di media sosial dan mengajak untuk muhasabah diri.
Hantaran seorang wargamaya di Threads yang mendedahkan masalah rumah tangganya secara umum meraih perhatian netizen lain termasuk juga pelakon Shakilla Khoriri.
Menerusi hantaran tersebut, individu berkenaan berkongsi paparan skrin mesej yang memaparkan dia melafazkan talak tiga terhadap dihantar kepada isterinya yang disebabkan tidak memberi respons.
“Bini tak angkat call. Tapi bila bini buka WhatsApp, dia terbaca: ‘Talak 3’. Jangan pelik kalau lepas tu dia terus hilang dari rumah. Tak gaduh depan-depan. Tak sempat explain. Tak sempat betulkan apa-apa.
“Tinggal aku seorang dalam rumah, baca balik chat yang sama berkali-kali. Kelakar juga hidup ni. Kita bina rumah bertahun-tahun.
“Tapi kadang-kadang, satu ayat yang ditaip dalam beberapa saat cukup untuk buat satu rumah terus kosong,” kongsinya.
Bagaimanapun, perkongsian tersebut mengundang reaksi Shakilla yang dilihat kurang bersetuju dengan tindakan individu berkenaan mendedahkan masalah rumah tangga di media sosial.
“Dah bosan dengan lelaki yang rasa suami ini adalah ketua… kena ikut kata suami, jangan ingkar tapi suami jugaaa bodoh buka pekung sendiri di media sosial.
“Sudahlah bodoh memalukan pula. Pi muhasabah diri sana!” kata Shakilla.
Sumber - Threads