Skip to main content

Hiburan

“Dah Mula Nampak Peribadi… ” – Tyra Kamaruzzaman Tegur Sikap Individu Gemar Kritik Karya Orang Lain

Tyra Kamaruzzaman

Sekilas

  • Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa kurang senang terhadap individu yang sering mengkritik karya orang lain secara berterusan di media sosial.
  • Beliau menegaskan kritikan yang diberikan kini sudah mula bersifat peribadi dan bukan lagi kritikan membina.
  • Tyra mengajak orang ramai untuk fokus membina jenama dan karya sendiri daripada terus mengulas hasil kerja orang lain.
Advertisement

Pempengaruh media sosial Tyra Kamaruzzaman meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir individu yang disifatkannya gemar mengkritik hasil karya orang lain secara berterusan.

 

Advertisement

Menerusi perkongsian di Threads, Tyra berkata ada pihak yang dilihat sentiasa mempunyai masa untuk memberikan komen sinis terhadap hasil kerja individu lain.

 

“Kelakar bagaimana sesetengah orang selalu ada masa untuk mengatakan sesuatu tentang karya orang lain.

Advertisement

 

“Setiap minggu, ada sahaja perkara untuk dikritik. Setiap minggu nak bagi komen sinis,” tulisnya.

 

Pada hantaran yang sama, Tyra berpendapat perkara berkenaan sudah mula kelihatan bersifat peribadi dan bukan lagi sekadar memberi pandangan atau kritikan membina.

 

“Pada ketika ini, ia mula kelihatan peribadi… kenapa?

 

“Anda ada jenama sendiri untuk dibina kan, jadi mungkin berikan semangat yang sama daripada terus-terusan mengulas karya orang lain kot?” katanya lagi.

 

Perkongsian isteri kepada pereka fesyen Emran Rijal itu mengundang pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya setuju setiap individu seharusnya lebih memberi tumpuan kepada membangunkan karya sendiri. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Kurta Patih Jalur Relaxed Fit

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

30Pcs Disposable Panties Women Pure Cotton Sterile Travel Pregnant Women Underwear Seluar Dalam Pakai Buang Wanita 一次性內褲

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24k Gold Plated Necklace Rantai Gajah/Pintal/Papan/Biji Sawi Rantai Leher Emas

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

DaDuHey Women's New Retro Wide Leg High Waist Loose Straight-Leg Pants Mop Trousers

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

JEEL Urban Collection - RM39 | Assorted Designs | Ready Stock | Soft Premium Rayon | 100% Guaranteed |

Must Watch Video

Advertisement