Skip to main content

Hiburan

“Dah Tahun 2026, Jangan Cepat Sangat Percaya Orang Boleh?” - Mimi Lana

ASTROGEMPAK Mimi

Sekilas

  • Mimi Lana menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan penipuan menggunakan identiti selebriti di media sosial.
  • Dia menegaskan tiada sesiapa yang akan memberi wang percuma melalui hantaran dengan QR code, walaupun menggunakan nama selebriti atau individu terkenal.
  • Mimi turut berkongsi kebimbangannya apabila akaun Telegramnya didakwa digodam oleh pihak tidak bertanggungjawab yang menyamar menggunakan identitinya.

Pelakon Mimi Lana menasihatkan orang ramai supaya lebih berhati-hati dan tidak mudah terpedaya dengan taktik penipuan yang menggunakan identiti individu terkenal di media sosial.

 

Menerusi perkongsian di Threads, Mimi berkata masih ramai yang mudah mempercayai hantaran kononnya menawarkan wang percuma hanya kerana ia menggunakan gambar atau nama selebriti.

 

“Korang, macam mana eh nak cakap. Kalau korang nampak ada orang post gambar lepas tu cakap nak bagi duit, siap bagi QR code, boleh tak korang jangan cepat percaya?

 

“Tak kira la orang tu selebriti ke, menteri ke, penjawat awam ke swasta ke tak kisah la. Dah tahun 2026 dah ni, jangan cepat sangat percaya orang boleh? Tak ada orang nak bagi duit free cam tu,” kongsinya.

 

Dalam pada itu, Mimi turut memaklumkan dia sendiri tidak mampu mengawal tindakan individu tidak bertanggungjawab yang menyamar menggunakan identitinya.

 

Menurut isteri kepada pelakon Syafiq Kyle ini, dia juga berasa bimbang apabila menerima mesej daripada orang ramai yang memaklumkan akaun Telegram miliknya didakwa telah digodam.

 

“Saya tak boleh control scammer ni, dia block saya.

 

“Awak DM saya, saya cakap Telegram dah kena hack, saya kena buat apa ni? Lalu, saya paranoid juga,” katanya lagi.

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

PERFUME PARADISE EXCLUSIVE HQ SPECIAL EDITION FOR HER FOR HIM 30ML ORIGINAL HQ

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

【Moisturizer Collection】Dr.Leo 5% Panthenol Soothing Redness&Calms Ance/5X VC Brighting/Centella Barrier Repair Hydration Skincare Moisturiser Day Night Cream Gel

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

SHEGLAM Enigma Sparkly Glitter Eyeshadow Palette

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Must Watch Video

Advertisement