Skip to main content

Hiburan

Daiyan Trisha Jadi Mangsa ‘Scam’ Rembayung, Sempat Bergurau Doakan ‘Scammer’ - “Saya Harap Stokin Dia Basah, Bantal Jadi Panas”

ASTROGEMPAK Daiyan Trisha

Sekilas

  • Daiyan Trisha dan rakan-rakannya tidak dapat makan di restoran Rembayung milik Khairul Aming kerana menjadi mangsa penipuan scammer.
  • Walaupun kecewa, Daiyan tetap tenang dan reda kerana bulan puasa, sambil berharap scammer itu mendapat balasan setimpal.
  • Daiyan juga berseloroh meminta Khairul Aming membantu menangkap scammer tersebut dan mendoakan nasib malang ke atas individu itu.

Pelakon dan penyanyi Daiyan Trisha terpaksa reda apabila dia dan rakan-rakannya tidak dapat makan di restauran milik usahawan Khairul Aming iaitu Rembayung akibat kena tipu ‘scammer’. 

 

Menerusi video yang dimuat naik di TikTok Celeste Studio, Daiyan memberitahu dia dan rakannya bagaimanapun tetap kekal tenang biarpun menjadi mangsa penipuan. 

 

“Sebab bulan puasa… kita reda sajalah. Ada terfikir (scam), sebab itu kita tenang. Tapi sesiapa yang scam orang tu, siaplah korang bulan puasa ini tak baik tau,” katanya. 

 

Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘Jom Raya’ ini sempat berseloroh meminta Khairul Aming atau mesra disapa sebagai KA untuk menangkap individu yang menipu mereka. 

 

Bukan itu saja, Daiyan turut bergurau mendoakan individu berkenaan berdepan dengan dugaan seperti stokin basah dan bantal tidur menjadi panas gara-gara menipu orang. 

 

“Kami semua mangsa scam Rembayung. Khairul Aming… KA, kalau tengok ni KA… pergi tangkap orang yang scam kita tu. 

 

“Saya harap orang yang scam kita itu stokin dia basah, lepas itu bantal dia panas, kalau hujan, biar air hujan itu masuk dalam kasut dia dan tak berhenti-henti basah sampai tiga jam,” kongsinya. 

 

Sumber - TikTok

Anda mungkin berminat dengan

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

VELOCITY Tri-Blend Running T-Shirt Men in Green Terrain/Heather by PUMA

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

MKshop korean straight cut pants men casual sports pants ice slik drawstring pants seluar casual lelaki bertali [K30]

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

OHNII CNY Exclusive: Oversized Horse Front Haughty Bear Cotton Jersey Tshirt

Nike Club T-Shirt - Black

Nike Club T-Shirt - Black

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

现货 kissy 新款无痕聚拢无钢圈内衣 反重力提拉 收副乳 KISSY New Seamless Push Up Bra Wireless Soft Support Anti Gravity Tummy Control Back Smoothing Fixed Cup

Must-Watch Video

Advertisement