Skip to main content

Hiburan

Dakwa Diri Sendiri Curang, Tom Dedah Bakal Bercerai Dengan Fuad Rahman? - “Semua Ini Salah Aku…”

Tom
Advertisement

Hantaran penyanyi, Tom di Instagram Stories berjaya menyorot perhatian selepas mengakui dirinya curang dengan suaminya, Fuad Rahman. 

Menerusi hantaran itu, Tom memuat naik video dirinya mengalirkan air mata dan melabelkan sebagai seorang pencurang. 

“Muka Curang… Yayyy,” tulisnya ringkas. 

Memetik laporan Mstar, penyanyi itu juga mendedahkan dia bakal bercerai dan mengakui segala kesilapan datang daripada dirinya sendiri. 

“Saya dah nak bercerai dengan Mohamed Fuad (suami) sebab saya yang curang dengan lelaki lain.

“Nama lelaki itu ialah Apang dan Abang Jidin. Aku besar punya perempuan gatal. Semua ini salah aku,” katanya.

Bekas bintang Gegar Vaganza musim ke-9 itu juga meminta agar tiada pihak mengganggunya dan memberi ruang privasi kepadanya.

“Okey, jangan cari-cari aku lagi. Aku nak pergi curang sana sini lagi.

“Siapa yang nak ambil tempat saya, silakan. Kami memang dah nak cerai. Rugi tidak cuba sebab suami saya tidak bersalah. Dia baik,” ujarnya.

Bagaimanapun, menerusi tinjauan Gempak hantaran tersebut sudah pun dipadam.

Untuk rekod, Tom dan Fuad bernikah pada 26 Februari 2023 selepas sama-sama terlibat dalam program Gegar Vaganza musim ke-9.

Advertisement

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Putri Anggun Lovellia yang kini berusia dua tahun.

 

Anda mungkin berminat dengan

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement