Skip to main content

Selebriti

Dakwaan Isu Kenalan Rapat Kacau Hubungan BASS, Bella Astillah Bersuara - “Tiada Istilah Sondol Menyondol, Mohon Hentikan Kecaman”

Dakwaan Isu Kenalan Rapat Kacau Hubungan BASS, Bella Astillah Bersuara

Ringkasan AI

  • Bella Astillah menafikan dakwaan perselisihan faham dengan kakitangan jenama yang diwakilinya adalah tidak benar.
  • Isu bermula apabila segelintir netizen membuat tuduhan tanpa usul periksa terhadap Ami, kakitangan tersebut.
  • Bella menegaskan tiada isu orang ketiga seperti yang tersebar di media sosial.
  • Dia juga meminta netizen berhenti mengecam Kak Tasha yang tidak terlibat dalam isu ini.
  • Bella mengajak semua untuk bersikap baik dan menegaskan hubungan mereka semua dalam keadaan baik.

Penyanyi dan pelakon, Bella Astillah tampil memberi kenyataan susulan dakwaan berlakunya perselisihan faham antara dirinya dengan salah seorang kakitangan jenama yang diwakilinya.

Bella menegaskan bahawa dakwaan tular di media sosial itu tidak berasas sama sekali dan berpunca daripada tindakan segelintir netizen yang membuat tuduhan tanpa usul periksa.

“Assalammualaikum, alhamdulillah dapat kami selesaikan bersama. Sebenarnya tiada perkara yang tidak baik seperti yang digembar gemburkan. 

“Cuma semua ini berlaku kerana ada segelintir yang memulakan panggilan tak sepatutnya pada Ami dan maka yang lain, tanpa usul periksa turut sama mengecam,” jelasnya.

Bella menjelaskan perkara itu menerusi hantaran terbaharu di akaun Instagram miliknya pada malam Khamis.

Hantaran itu juga memaparkan fotonya bersama individu berkenaan yang dikenali sebagai Ami serta ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq iaitu Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz.m

Dalam hantaran yang sama, Bella juga berkata tidak ada istilah isu orang ketiga seperti yang didakwa di media sosial.

Malah kata Bella, kakitangan berkenaan juga sebenarnya sudah menjadi milik orang.

“Tidak ada istilah sondol menyondol sebab dia pun bersama dengan #BASS dari awal (hey dia pun tak single tau),” maklumnya.

Dalam masa sama, Bella juga meminta agar netizen menghentikan kecaman terhadap individu bernama Kak Tasha yang difahamkan tidak terlibat secara langsung dalam isu berkenaan.

“Dan minta hentikan kecaman pada kak Tasha juga, kerana ia sudah melibatkan ahli keluarga dan ia sangat tidak adil kerana mereka tiada niat yang tak baik.

“Let's just move forward, and be kind. Kami semua baik-baik sahaja dan we love you mama. Semoga semuanya baik baik sahaja buat kak Bella dan keluarga,” jelasnya.

 

 Terdahulu, kecoh di media sosial apabila timbul dakwaan mengenai hubungan Bella bersama Syed Saddiq diganggu oleh orang ketiga.

 

Lebih hangat lagi apabila orang ketiga itu dikatakan amat rapat dengan mereka. 

Isu tersebut semakin hangat diperkatakan di laman Threads apabila peminat mendakwa ibu Syed Saddiq, lebih menyukai wanita berkenaan.

Lebih menguatkan andaian itu, apabila Sharifah Mahani dikatakan kerap memuat naik foto bersama wanita terbabit.


 

Must-Watch Video

Advertisement