Skip to main content

Selebriti

Daniel Cheang Bertemu Bintang Wicked! Sempat Hadiahkan Ubat Batuk, Ariana Grande Puji - “Terima Kasih, Awak Sangat Prihatin & ‘Sweet’”

Daniel Cheang Bertemu Bintang Wicked! Sempat Hadiahkan Ubat Batuk, Ariana Grande Puji

Ringkasan AI

  • Daniel Cheang berpeluang bertemu Ariana Grande dan Cynthia Erivo di tayangan perdana filem Wicked: For Good di Singapura.
  • Daniel berkongsi video momen tersebut di media sosial, menunjukkan sikap profesional dan teruja bertemu bintang Hollywood.
  • Dia menghadiahkan ubat batuk Cap Ibu dan Anak versi gula-gula sebagai kenangan childhood Malaysia kepada Ariana dan Cynthia.
  • Ariana Grande memuji Daniel atas sikap prihatin dan hadiah manis yang diberikannya.
  • Cynthia Erivo pernah mengakui suka ubat batuk tersebut untuk menjaga pita suaranya dalam satu temu bual sebelum ini.

Pengacara dan penyampai radio, Daniel Cheang mendapat perhatian netizen apabila berpeluang bertemu dengan bintang terkemuka Hollywood, Ariana Grande dan Cynthia Erivo di acara karpet merah tayangan perdana filem Wicked: For Good yang berlangsung di Singapura.

Daniel berkongsi momen berharga itu menerusi hantaran video terbaharu di akaun media sosial miliknya.

Dalam rakaman video penuh itu, Daniel dilihat begitu teruja namun kekal tenang dan bersikap profesional ketika bersemuka sambil berborak bersama figuran terkenal dunia itu.

Lebih istimewa lagi, Daniel juga sempat memberikan hadiah yang membuatkan kedua-dua pelakon utama Wicked: For Good itu berasa terharu.

Hadiah tersebut merupakan ubat batuk cap ibu dan anak tetapi dalam versi gula-gula.

“Saya beri mereka ‘parting gift’ yang berupa ubat batuk Cap Ibu dan Anak versi gula-gula untuk mereka  ingat rasa ‘childhood Malaysia’.

“Ariana Grande dan Cynthia sangat lah merendah diri dan manis orangnya,” tulisnya.

Namun, apa yang lebih mengujakan netizen selain pertemuan berharga itu ialah saat Ariana memuji Daniel kerana sikaphya yang begitu prihatin dan memberikan hadiah tersebut kepada mereka berdua.

“Terima kasih, anda sangat ‘sweet’, terima kasih juga kerana anda seorang yang sangat prihatin,” ujarnya sambil tersenyum.

Berikut merupakan momen manis bersama Ariana dan Cynthia yang dikongsi Daniel:

 

 Terdahulu, Cynthia dalam satu temu bual sebelum mengakui akui menyukai ubat batuk itu dan mengamalkannya untuk menjaga pita suaranya.

 

Must-Watch Video

Advertisement