Skip to main content

Viral

Dapat 6A Trial SPM, Alyssa Dezek Dikecam Netizen Dituduh Pakai 'Kabel' - "Saya Nak Buktikan..."

Alyssa_SPM

Penyanyi dan pelakon remaja popular, Alyssa Dezek, kembali mencuri perhatian ramai yang mana kali ini bukan kerana bakat seninya, tetapi kejayaan akademik yang membanggakan.

Menerusi peperiksaan Percubaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) baru-baru ini, Alyssa berjaya memperoleh 6A, hasil bimbingan daripada kelas dalam talian PTTI, sebuah platform pendidikan digital yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Records (MBOR) sebagai 'Most Straight A SPM Students in a Tuition (2024)'.

Advertisement

Namun, di sebalik kejayaan tersebut, Alyssa turut berdepan kecaman segelintir netizen yang mendakwa pencapaiannya disebabkan oleh 'kabel' dan bukan hasil usaha sendiri.

Alyssa berkata, dia tetap cari masa terbaik untuk belajar sekaligus ingin membuktikan kejayaan adalah milik semua orang.

“Walaupun sibuk dengan penggambaran dan kerjaya seni, saya tetap cari masa untuk belajar. Saya nak buktikan bahawa kesibukan bukan alasan untuk gagal.

"Saya bersyukur sebab PTTI banyak membantu secara dalam talian, daripada markah yang tidak memuaskan, kini saya berjaya dapat A,” jelas Alyssa ketika ditemu bual oleh Pakar SPM PTTI, Sir Race.

 

 

 

View this post on Instagram

 

 

 

 

A post shared by Sir Race PTTI (@sir.race)

 

Berbekalkan semangat dan tekad tinggi, Alyssa kini menyasarkan untuk memperoleh 'straight' A dalam peperiksaan SPM sebenar dengan meneruskan perjuangannya bersama PTTI yang terkenal dengan kaedah pembelajaran interaktif dan strategi menjawab soalan yang berkesan.

Kisah Alyssa menjadi inspirasi kepada ramai pelajar bahawa kejayaan bukan bergantung pada siapa kita, tetapi sejauh mana usaha yang dicurahkan untuk mencapainya.

Bagi pelajar Tingkatan 1 hingga 5 yang ingin mencapai keputusan cemerlang seperti Alyssa, layari laman rasmi 👉 www.ptti.my untuk maklumat lanjut mengenai kelas dalam talian PTTI.

Must-Watch Video

Advertisement