Skip to main content

Hiburan

Datuk Alha Alfa Lancar Set Produk Khas Bantu Anak Amyza Aznan Hidap Kanser, Ajak Pembeli Bersedekah - “Korang Dapat Produk, Duit Saya Serah Mereka”

Astro Gempak 158

Sekilas

  • Datuk Alha Alfa melancarkan set produk khas untuk membantu anak pelakon Amyza Adnan yang menghidap kanser tulang.
  • Hasil jualan produk tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada Amyza dan anak-anaknya melalui siaran langsung jualan.
  • Alha mendapat keizinan Amyza sebelum melaksanakan inisiatif dan turut mencadangkan rawatan di Beacon, PJ untuk anaknya.

Usahawan kosmetik Datuk Alha Alfa tampil dengan inisiatif murni apabila melancarkan set produk khas bagi membantu anak kepada pelakon Amyza Aznan yang disahkan menghidap kanser tulang.

Menerusi perkongsian di media sosial, Alha memaklumkan dia akan mengadakan siaran langsung bagi menjual set atau produk khas dan hasil jualan tersebut akan diserahkan sepenuhnya kepada Amyza serta anak-anaknya.

vfdd

“Salam kesayangan… yang sayang je tau. Saya ulang, kesayangan.

“Malam ni jam 9 malam (semalam) saya akan live macam selalu. Saya akan adakan set khas atau produk khas yang saya akan fikirkan malam ni. U guys beli, kemudian duit terkumpul kita serah semuanya mengikut berapa banyak set yang terjual kepada Kak Amyza dan anak-anaknya.

“Selain duit saya sendiri, saya nak ajak kesayangan saya bersedekah di bulan mulia ni okay? Korang dapat produk, duit korang saya serah kepada mereka. Amin,” kongsinya.

Dalam hantaran sama, Alha turut memuat naik tangkap layar perbualannya bersama Amyza bagi mendapatkan keizinan sebelum melaksanakan inisiatif tersebut.

“Salam kak, nak minta izin. Kalau saya ada beberapa produk nak buat khas untuk anak akak, akak izinkan tak? Nak buat macam set khas dan jualannya hanya hari ni saja.

“Mana yang terkumpul nanti saya akan bank-in ke akaun akak atau anak akak, mana-mana pun boleh kalau akak izinkan. Saya nak akak cuba bawa anak akak ke Beacon di PJ tu. Chemo kat sana bagus. Alhamdulillah ibu dah tak ada kanser dah,” tulisnya.

“Ya Allah Dato’, boleh. Mana tahu ni asbab anak? Boleh dapatkan rawatan di Beacon,” balas Amyza.

Terdahulu pada Khamis lalu, Amyza berkongsi khabar duka apabila anaknya, Adrian disahkan menghidap kanser tulang.

Lebih menyedihkan, berita tersebut hadir selepas hampir setahun seorang lagi anaknya, Andre Mikhail berjuang melawan kanser paru-paru.

Anda mungkin berminat dengan

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

SKINTIFIC 4-in-1 Day & Night Set

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Torriden Dive-In Soothing Cream

Torriden Dive-In Soothing Cream

WOSADO Magnetic Lash Set

WOSADO Magnetic Lash Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

SKINTIFIC 8-Piece Skincare Set

Must-Watch Video

Advertisement